Anda di sini

Majlis penyampaian hadiah dan sijil Tabika KEMAS 11RAMD Kem Semenggo meriah

Advertisement
 Murid-murid cemerlang Tabika KEMAS 11RMD Kem Semenggo.
CEMERLANG: Murid-murid cemerlang Tabika KEMAS 11RMD Kem Semenggo.
 Murid-murid cemerlang Tabika KEMAS 11RMD Kem Semenggo untuk tahun enam.
TERBAIK: Murid-murid cemerlang Tabika KEMAS 11RMD Kem Semenggo untuk tahun enam.

MAJLIS penyampaian hadiah dan sijil Taman Bimbangan Kanak-kanak (Tabika) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) 11RAMD Kem Semenggo di Kuching, berlangsung dalam suasana meriah dan harmoni, baru-baru ini.

Majlis yang diadakan bagi meraikan kanak-kanak Tabika KEMAS ini diadakan setiap hujung tahun menandakan sesi persekolahan tahun ini menghampiri penamatnya.

Selain penyampaian hadiah dan sijil, pelbagai aktiviti sampingan telah diadakan bagi menggamatkan lagi suasana majlis tersebut.

Antara aktiviti yang dijayakan ialah persembahan silat, tilawah dan nasyid serta nyayian lagu Negaraku dan lagu Tabika KEMAS.

Selain itu, bagi memeriahkan lagi majlis itu, kanak-kanak tabika turut mengadakan persembahan tarian ‘Shinta Gila’, pertunjukan fesyen serta persembahan koir lagu-lagu ‘Syantik’ dan ‘Goyang Dua Jari’.

Hadir merasmi dan menyampaikan anugerah ialah OC MKS Mejar Mohd Ghazi Shafi.

Turut hadir Penyelia Kanan P.196 Stampin, Busman Rambli.

Advertisement