Anda di sini

Bas persiaran bertembung teksi di Hong Kong, 5 maut, 32 cedera

Advertisement
 Anggota polis berjalan melintasi sebuah teksi yang remuk selepas sebuah bas persiaran (belakang)                    berlanggar dengannya di Hong Kong semalam. — Gambar AFP
IMPAK PERLANGGARAN: Anggota polis berjalan melintasi sebuah teksi yang remuk selepas sebuah bas persiaran (belakang) berlanggar dengannya di Hong Kong semalam. — Gambar AFP

HONG KONG: Lima orang terbunuh dan 32 lagi tercedera selepas sebuah bas dalam perjalanan ke lapa-ngan terbang di Hong Kong bertembung dengan sebuah teksi semalam, kata polis, dengan para penumpang dilaporkan terhumban keluar dari tingkap bas akibat impak perlanggaran tersebut.

Separuh bahagian belakang teksi telah hancur sepenuhnya dan sebahagian bahagian depan bas patah akibat kemalangan di pulau Tsing Yi, berdasarkan gambar yang disiarkan oleh media tempatan.

Pemandu teksi dan dua lelaki serta dua wanita yang menaiki bas terbunuh dalam kemalangan itu, kata polis.

Media tempatan melaporkan bas itu adalah sebuah “bas persiaran” namun me-nyatakan ia telah membawa pekerja ke lapangan terbang pada masa kemalangan, yang berlaku berhampiran pintu keluar sebuah terowong.

Tsing Yi dihubungkan dengan satu lebuh raya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong ke pulau berhampiran Lantau.

Rakaman televisyen me-nunjukkan mangsa yang tercedera dirawat di tepi jalan raya sebelum dibawa ke empat hospital.

Akhbar The South China Morning Post melaporkan beberapa mangsa yang tercedera berada dalam keadaan serius.

Seorang penumpang berkata bas itu telah bergerak dengan laju dan melanggar sebuah teksi yang tidak bergerak dengan lampu bahayanya dihidupkan di tepi jalan, menurut SCMP.

“Ia kelihatan kepada saya bahawa bas itu tidak memperlahankan pergerakan. Saya terjatuh ke atas lantai (ketika ia berlanggar),” tambahnya.

Seorang penumpang lain memberitahu rangkaian tele-visyen tempatan TVB ke-adaan di dalam bas adalah “sangat tegang, kami me-nimpa satu sama lain”.

Bas kelihatan telah bertembung beberapa kali dengan bebendul jalan sebelum berhenti, menurut seorang penumpang lain kepada stesen radio.

“Bas itu melanggar sekali, kemudian merempuh kiri dan kanan, dan melanggar tepi jalan untuk berhenti.”

Rakaman televisyen me-nunjukkan bebendul jalan di kedua-dua bahagian jalan mengalami kerosakan.

Kemalangan berlaku pada jam 5 pagi waktu tempatan.

Pada tahun 2003 sebuah bas dua tingkat bertembung dengan sebuah trak dan jatuh menjunam dari jambatan, membunuh 21 orang dan mencederakan 20 yang lain.

Sebuah bas dua tingkat yang bergerak dengan laju terbalik di utara Hong Kong pada Februari, membunuh 19 orang dan menyebabkan 60 tercedera. Pemandu bas itu telah ditangkap bagi pemanduan berbahaya.

Itu merupakan kemalangan bas kedua paling teruk sejak beberapa tahun ini di bandar selatan China yang separa autonomi, yang berbangga bahawa ia memiliki salah satu sistem pengangkutan awam terbaik di dunia. — AFP

Advertisement