Anda di sini

ALC raikan pencapaian pelajar dan tahfiz

Advertisement
 Bergambar kenangan bersama pelajar dan tetamu undangan.
ALBUM: Bergambar kenangan bersama pelajar dan tetamu undangan.
 Penyampaian hadiah kepada Pelajar Termuda Khatam.
TERMUDA: Penyampaian hadiah kepada Pelajar Termuda Khatam.
 Rais menyampaikan sijil khatam al-Quran kepada salah seorang pelajar perempuan, sambil disaksikan Nazarul (kiri) dan Khamsiah (kanan).
TAMAT: Rais menyampaikan sijil khatam al-Quran kepada salah seorang pelajar perempuan, sambil disaksikan Nazarul (kiri) dan Khamsiah (kanan).
 Salah seorang pelajar tersenyum gembira selepas menerima sijil khatam al-Quran yang disampaikan Nazarul (kiri).
TERUJA: Salah seorang pelajar tersenyum gembira selepas menerima sijil khatam al-Quran yang disampaikan Nazarul (kiri).
 Syed Lukman menerima anugerahnya sambil ditemani oleh ahli keluarga (kanan).
SYABAS: Syed Lukman menerima anugerahnya sambil ditemani oleh ahli keluarga (kanan).

MAJLIS Konvokesyen dan Khatam Al-Quran Kali Ke-6 Pusat Pengajaran dan Pembelajaran Al-Quran Teknik Al-Baghdadi (ALC) Sibu berlangsung meriah di Dewan Laksis di Sibu, baru-baru ini.

Seramai 37 pelajar khatam al-Quran dan 54 penerima Sijil Tamat Asas Tamhid dari ALC Ummi Nur Asiah Taman Indah Sibu dan Akademi Syuhada telah diraikan pada majlis tersebut.

Turut diraikan ialah 13 pelajar yang berjaya tamat tajwid dari Akademi Syuhada dan ALC Ummi Nur Asiah Taman Indah Sibu.

Majlis diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Operasi Yayasan Al-Baghdadi Malaysia Ustaz Farhan Alias.

Turut hadir wakil ibu bapa pelajar Al-Baghdadi Dr Muhamad Rais Abdullah, Penolong Pentadbir Jabatan Agama Islam Sibu (JAIS) Sarawak Ustaz Wan Nazarul Latif dan Pengurus/Perunding ALC Ummi Nur Asiah Sibu Khamsiah Yacob.

Sementara itu, pelajar Syed Lukman Syed Ahmad dinobatkan sebagai Pelajar Tahfiz Tamat Hafazan Juz 30 (Juz Amma).

Manakala, seramai enam pelajar berusia tujuh tahun menerima Anugerah Pelajar Termuda Khatam 30 Juz Al-Quran.

Mereka ialah Afnaan Aisya Zainal, Allysya Maizurah Abdullah Jusnalee, Azzi Effina Effyra Abdullah, Dhia Nisrina Muslisyam, Nurqyra Umairah Halmi dan Nur Qisya Batrisyia Nur Azizi.

Bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, ianya diterima oleh Hazimah Mohamad, Muhammad Nur Syafiq Ishak dan Rosni Ili.

Antara anugerah lain yang turut disampaikan adalah Pelajar Terbaik Fardhu Ain, Peningkatan Terbaik Tamhid, Pelajar Terbaik Tajwid, Pelajar Terbaik Taman Indah dan Pelajar Terbaik Akademi Syuhada.

  • oleh
  • Advertisement