Anda di sini

Tiga universiti jayakan Program Rentas Sempadan Borneo 2018

Advertisement
 Para peserta ceria merakam kenangan beramai-ramai pada hari terakhir RSB 2018.
SYABAS: Para peserta ceria merakam kenangan beramai-ramai pada hari terakhir RSB 2018.

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) telah menganjurkan Program Rentas Sempadan Borneo 2018 (RSB) di Kota Samarahan dan Bintulu, baru-baru ini.

Program ini adalah satu misi mendekatkan warga universiti dengan masyarakat   melalui   tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti menerusi cabaran perjalanan darat yang meliputi perjalanan sejauh 2,500km.

 Dr Saafie (bawah, kiri) yang juga Dekan Fakulti Pertanian Lestari UMS bersama pelajar UMS dan UMPKB mengendalikan aktiviti penyembelihan ayam.
SEMBELIH: Dr Saafie (bawah, kiri) yang juga Dekan Fakulti Pertanian Lestari UMS bersama pelajar UMS dan UMPKB mengendalikan aktiviti penyembelihan ayam.

Menurut Pengerusi RSB 2018 Prof Madya Dr Saafie Salleh, program ini bertujuan  untuk mengadakan aktiviti amal dan khidmat masyarakat kepada komuniti kampung.

Antara  aktiviti  yang  dijalankan  ialah  pemeriksaan  kesihatan,  sukaneka,  promosi  akademik, pertandingan mewarna dan khat, persembahan kebudayaan seperti tarian dan nyanyian dan aktiviti merewang bersama komuniti kampung dan sebagainya.

Tambah Dr Saafie lagi, para pelajar yang datang dari negeri berlainan khasnya dapat didedahkan dengan budaya dan adat resam penduduk setempat serta memahami budaya kaum yang berlainan.

Dua lokasi persinggahan telah dipilih iaitu di Kampung Empila, Kota Samarahan (7-8 November) dan Ulu Sebauh, Bintulu (9-11 November) untuk menjayakan program ini.

 Aktiviti merewang warga universiti bersama komuniti rumah panjang.
KENALI KOMUNITI: Aktiviti merewang warga universiti bersama komuniti rumah panjang.

Seramai 70 peserta (staf dan pelajar) dari UMS dan 26 pelajar UPMKB telah mengikuti program ini sebagai sukarelawan di Rumah Panjang Jimbai Saban, Ulu Sebauh, Bintulu dari 10 hingga 11 November 2018.

Program Rentas Sempadan Borneo 2018 dapat membentuk sahsiah murni sukarelawan sebagai mahasiswa yang mempunyai semangat kesukarelawan yang tinggi, prihatin, kasih-mengasihi dan saling menghormati.

Selain itu program ini juga dapat meninggalkan impak yang positif  terhadap komuniti  setempat.

Warga universiti akan mengenali serta memahami budaya dan adat resam komuniti  setempat dengan bersilang budaya serta bersua mesra bersama keluarga angkat masing-masing.

Seterusnya, Rentas Sempadan Borneo 2018 juga dapat meningkatkan jaringan   hubungan kerjasama erat antara universiti-universiti yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

  • oleh
  • Advertisement