Anda di sini

Madhuri Dixit, Abhishek Bachchan teruja terlibat dalam ‘Mowgli’

Advertisement
 Legend of the Jungle’ di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangkan di Netflix pada  7 Disember ini. — Gambar AFP
PENGARAH ‘MOWGLI’: Pelakon dan pengarah British Andy Serkis semasa tayangan perdana filem‘Mowgli: Legend of the Jungle’ di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangkan di Netflix pada 7 Disember ini. — Gambar AFP

AKTRES popular Bollywood Madhuri Dixit Nene berkata, dia merasa sungguh teruja dapat meminjamkan suaranya kepada satu watak dalam ‘Mowgli: Legend of the Jungle’ untuk versi bahasa Hindi filem itu.

Madhuri akan menghidupkan semula watak Nisha, ibu serigala Mowgli, dalam filem terbaharu daripada perkhidmatan striming Netflix itu.

“Ia satu pengalaman mengagumkan untuk mana-mana pelakon menghidupan satu watak dengan hanya meminjamkan suara mereka,” katanya.

“Saya menonton banyak filem pengembaraan yang penuh dengan VFX bersama anak lelaki saya dan sentiasa mahu meminjamkan suara saya kepada watak-watak misteri sedemikian,” kata Madhuri.

“Saya berasa seronok kerana akhirnya mendapat peluang untuk melakukan ini. Dan apa yang lebih menggembirakan adalah apabila saya memberitahu anak lelaki saya tentang ini, dia menjadi sangat teruja dan berkata, ‘Itu sangat hebat ibu!’ Tindak balasnya betul-betul menggembirakan saya,” tambahnya.

 Legend of the Jungle’ di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangkan di Netflix pada  7 Disember ini. — Gambar AFP
LAKON WATAK YANG SAMA: Abhishek (kanan) bersama Christian Bale semasa sidang media filem ‘Mowgli: Legend of the Jungle’ di Mumbai pada 25 November lepas, sebelum ia mula ditayangkan di Netflix pada 7 Disember ini. — Gambar AFP

Diarahkan oleh Andy Serkis, ‘Mowgli: Legend of the Jungle’ akan membawa dunia karya klasik Rudyard Kipling, ‘The Jungle Book’ tahun 1864 kepada tatapan umum pada 7 Disember ini, apabila ia ditayangkan buat pertama kali secara global.

Sementara itu, pelakon Abhishek Bachchan yang turut terlibat dalam filem itu berkata versi alih suara untuk India mencabar dan membebaskan.

Netflix India telah melancarkan treler Mowgli di India baru-baru ini dengan turut dihadiri oleh pengarah pembikin filem dan pelakon Andy Serkis, bersama dengan suara latar asal barisan pelakonnya yang terdiri daripada Christian Bale, Freida Pinto dan Rohan Chand, selain pasukan alih suara dari India termasuk Abhishek, Kareena Kapoor Khan, Madhuri dan Anil Kapoor.

“Apa yang membebaskan adalah anda menjadi satu watak baharu sepenuhnya dan anda perlu bekerja dalam sempadan-sempadan itu ,” kata Abhishek.

Alih bahasa sama banyak cabaran, kata pelakon itu dan menambah: “Apa yang bagus adalah saya tidak berlakon sebagai seorang manusia, dan simpan itu dalam fikiran, simpan cara Andy Serkis telah mereka watak, cara Christian Bale melakukannya, dan kemudian cuba menjadikannya India... itu amat mencabar.

“Dan juga menyesuaikan secara linguistik, Hindi ke dalam dialog Inggeris, memang sukar. Kedua-dua bahasa betul-betul berbeza, dengan warna dan meter berbeza, jadi ia juga mencabar.”

Advertisement