Anda di sini

Maharaja Lawak Mega 2018 bertemakan ‘Kenangan’ malam ini

Advertisement
 

BERTEMAKAN ‘percutian’ pada minggu lalu, rata-rata peserta Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM 2018) berjaya mempamerkan persembahan yang cukup menghiburkan. Antara persembahan lawak yang disambut dengan gelak tawa penonton adalah persembahan daripada kumpulan Taman, Shiro, Masin, Bocey dan Joras.

Kumpulan Abata, Zero dan Abioso pula menduduki kedudukan terendah dan nasib kurang menyebelahi Abata apabila mereka diumumkan sebagai peserta keempat yang meninggalkan pentas MLM 2018.

Memasuki minggu keempat, prestasi persembahan lawak kumpulan Abata masih kurang memberangsangkan.

Menurut juri tetap Tya Arifin, bertanding di pentas gah Maharaja Lawak Mega, beliau mengharapkan Abata untuk tampil dengan lebih bersemangat, fokus dan menunjukkan peningkatan pada setiap persembahan mingguan.

Di minggu kelima ini, peserta MLM 2018 akan membuat persembahan bertemakan ‘Kenangan’. Kisah kenangan siapakah yang bakal menggeletek hati penonton dan juri?

Sama-sama kita saksikan malam ini, secara langsung pada setiap Jumaat, jam 10.00 malam di Astro Warna (saluran 132) dan Warna HD (saluran 124) dari Royal Teater Shah Alam.

Untuk tontonan di platform digital, MLM 2018 boleh dinikmati menerusi Astro GO dan on demand.

Juara akan membawa pulang RM500,000 dan trofi, Naib Juara (RM250,000 dan trofi), Tempat Ketiga (RM150,000 dan trofi), Tempat Keempat (RM50,000 dan trofi) manakala Tempat Kelima (RM15,000 dan trofi).

Advertisement