Anda di sini

Guna dadah: Lelaki dipenjara lima tahun, tiga sebat

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang mempunyai rekod kesalahan lampau atas kesalahan menggunakan dadah, dikenakan penjara lima tahun dan tiga sebat.

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Zaz Zubir Ali Zainuddin, 25, selepas didapati bersalah atas pertuduhan terbabit.

Ketika keputusan disampaikan, mahkamah berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu pada 18 November tahun lalu jam 11.45 pagi di lokap berpusat Kota Kinabalu di sini.

Untuk itu tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, dihukum mengikut Seksyen 39 C akta sama.

Hukuman yang diperuntukkan penjara minimum tiga tahun dan maksimum tujuh tahun serta tidak lebih tiga sebatan.

Zaz Zubir yang bekerja sebagai buruh mempunyai dua rekod kesalahan lampau atas kesalahan yang sama.

Tamat menjalani tempoh pemenjaraan, mahkamah memerintahkan tertuduh dikenakan pengawasan polis selama dua tahun.

Tertuduh diarahkan menjalani hukuman bermula dari tarikh sabitan.

  • oleh
  • Advertisement