Anda di sini

Lada Sarawak berpotensi masuk pasaran luar

Advertisement
Kok semasa berucap menghadiri dialog awam bersama pemegang taruh dan penggiat industri lada di sini, malam tadi

KUCHING: Para penggiat industri lada termasuk penanam disyor untuk bersama memberi cadangan bagi memasarkan produk lada khasnya Lada Sarawak.

Menteri Industri Utama Teresa Kok berkata penggiat industri lada perlu tahu bagaimana cara untuk membawa nama Lada Sarawak khasnya ke dunia luar.

"Lada Sarawak adalah antara yang terbaik dan berkualiti..saya boleh membantu mempromosikan produk anda di luar negara semasa lawatan kerja saya.

"Saya memerlukan kerjasama anda untuk memberi cadangan kerana saya tahu ramai dalam kalangan di sini sudah berada lama dalam industri lada," katanya berucap pada majlis Dialog Awam bersama Pemegang Taruh dan Penggiat Industri Lada di sini, malam tadi.

Kok berkata, kerajaan telah memperuntukkan RM60 juta dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) bagi membantu para pekebun termasuk lada.

Beliau berkata peruntukan berkenaan berbentuk baja, peralatan, insentif dan sebagainya.

"Namun kita tidak mahu penanam atau pekebun kita bergantung sepenuhnya kepada subsidi kerana ia bukan penyelesaian.

"Apa yang penting adalah idea atau cadangan anda untuk kita bersama-sama memasarkan produk Lada Sarawak ini," katanya.

  • oleh
  • Advertisement