Anda di sini

Dua lagu ‘Bunga’ antara 12 finalis ke Anugerah Juara Lagu 33

Advertisement
 Dua belas finalis AJL33 bergambar bersama selepas berakhirnya Muzik Muzik 33 Separuh Akhir minggu lalu.
KE AJL33: Dua belas finalis AJL33 bergambar bersama selepas berakhirnya Muzik Muzik 33 Separuh Akhir minggu lalu.

PROGRAM hiburan Muzik Muzik 33 Separuh Akhir telah melabuhkan tirainya dan menyenaraikan 12 buah lagu yang mara ke Anugerah Juara Lagu 33, minggu lalu.

Bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, lapan buah lagu telah membuat persembahan setelah 11 buah lagu dipersembahkan pada 9 November, dan 11 buah lagu lagi pada 16 November 2018 yang lalu.

Menurut Ketua Juri Muzik Muzik 33 Separuh Akhir, Datuk Mokhzani Ismail, “Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan keputusan yang dicapai sebulat suara daripada semua barisan juri. Ianya satu keputusan yang sukar untuk dilakukan kerana penyertaan lagu di SFMM33 kali ini amat hebat. Para komposer dan penulis lirik sememangnya telah meningkatkan penanda aras Anugerah Juara Lagu. Oleh itu, saya berani jamin, pada 3 Februari 2019 nanti, para penonton akan alami satu pengalaman baharu dalam Anugerah Juara Lagu 33.”

 Haziq dan Sherry digandingkan sebagai hos SFMM33 selama tiga minggu berturut-turut. — Gambar TV3
HOS BERSAMA: Haziq dan Sherry digandingkan sebagai hos SFMM33 selama tiga minggu berturut-turut. — Gambar TV3

Lagu-lagu yang berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu 33 adalah ‘Semakin’ nyanyian Siti Sarah, ‘Bunga’ (Ara Johari), ‘Kau Pun Sama’ (Syamel), ‘Sampai Bila’ (Misha Omar), ‘Haram’ (Hael Husaini & Dayang Nurfaizah), ‘Luluh’ (Khai Bahar), ‘Bunga’ (Altimet), ‘Jatuh Bangun’ (Haqiem Rusli ft Aman Ra), ‘Tak Pernah Hilang’ (Amylea X Kaer), ‘Hajat’ (Hael Husaini), ‘Di Matamu’ (Sufian Suhaimi) dan ‘Nisan Cinta’ (Siti Nordiana & Jaclyn Victor).

Muzik Muzik 33 Separuh Akhir yang dihoskan oleh Sherry Al Hadad dan Haziq Husni ini telah bersiaran langsung dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 9, 16 dan 23 November 2018 menampilkan 30 buah lagu bertanding.

 Lagu ‘Di Matamu’ daripada Sufian Suhaimi yang pernah dinyanyikan oleh Zamani semasa Gegar Vaganza 5 turut mara ke AJL33.
CALON: Lagu ‘Di Matamu’ daripada Sufian Suhaimi yang pernah dinyanyikan oleh Zamani semasa Gegar Vaganza 5 turut mara ke AJL33.
AMAN RA & HAQIEM RUSLY
AMAN RA & HAQIEM RUSLY

Kesemua lagu bertanding itu telah diadili oleh barisan juri profesional iaitu Ajai, Helen Yap, Edrie Hashim, Azmeer, Cat Farish dan diketuai oleh Datuk Mokhzani.

Buat para peminat Muzik Muzik yang tidak berkesempatan untuk menonton SFMM33 secara langsung, atau ingin menonton setiap minggu separuh akhir itu secara ulangan boleh layari saluran Youtube TV3 Malaysia dan tonton di www.tonton.com.my.

Anugerah Juara Lagu 33 akan bersiaran secara langsung dari Stadium Axiata, Bukit Jalil pada 3 Februari 2019 nanti.

Layari xtra.com.my dan ikuti media sosial TV3 Malaysia di Facebook, Instagram dan Twitter untuk maklumat lanjut.

Advertisement