Anda di sini

‘Ralph Breaks the Internet’, dan hampir satu rekod pecah panggung

Advertisement
 Filem terbaharu oleh Disney, ‘Ralph Breaks the Internet’ menguasai kaunter tiket Amerika Utara pada cuti hujung minggu selepas berjaya mengaut anggaran AS$55.7 juta untuk tayangan selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad.
DI PAWAGAM: Filem terbaharu oleh Disney, ‘Ralph Breaks the Internet’ menguasai kaunter tiket Amerika Utara pada cuti hujung minggu selepas berjaya mengaut anggaran AS$55.7 juta untuk tayangan selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad.

FILEM terbaharu oleh Disney, ‘Ralph Breaks the Internet’ menguasai kaunter tiket Amerika Utara pada cuti hujung minggu, di mana menurut pengesan industri Exhibitor Relations pada Ahad filem itu berjaya mengaut anggaran AS$55.7 juta untuk tayangan selama tiga hari dari Jumaat hingga Ahad.

Menurut Variety.com, sekuel kepada filem animasi ‘Wreck It Ralph’ itu menikmati penampilan pertama kedua terbaik untuk cuti hujung minggu Kesyukuran, menyusul di belakang ‘Frozen’ juga dari Disney, tetapi filem itu memerlukan kuasa menahan diri untuk mendapatkan semula AS$175 juta bagi bajet pengeluarannya.

Filem itu melihat watak utama Ralph (disuarakan oleh John C. Reilly) dan kawan ciliknya, Vanellope von Schweetz (Sarah Silverman) memasuki alam luas web, di mana mereka menemui beberapa sosok yang tingkah lakunya tidaklah terlalu seperti Disney.

Tempat kedua pada hujung minggu diduduki oleh sebuah filem baru, ‘Creed II’ dari MGM, dengan jualan tiket sebanyak AS$35.3 juta. Bab kelapan dalam siri ‘Rocky’ ini dibintangi oleh Michael B. Jordan, Dolph Lundgren dan, sudah tentu, Sylvester Stallone sebagai Rocky Balboa yang semakin berusia.

Jordan berlakon sebagai Adonis Creed di mana beliau bertarung dengan anak lelaki petinju yang membunuh bapa Adonis.

Di tempat ketiga ialah animasi mesra keluarga terbaharu Universal, ‘The Grinch’, dengan AS$30.2 juta. Benedict Cumberbatch menyuarakan watak tajuk pemarah, dengan watak sokongan terdiri daripada Rashida Jones dan Angela Lansbury.

Jatuh dari tempat pertama pada hujung minggu sebelumnya ke kedudukan keempat ialah ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald’ dari Warner Bros., dengan AS$29.7 juta.

Filem prekuel Harry Potter yang dibintangi oleh Eddie Redmayne sebagai Newt Scamander itu melihat dia bekerjasama dengan Albus Dumbledore (Jude Law) untuk mengalahkan Gellert Grindelwald (Johnny Depp) yang jahat.

Di tempat kelima ialah ‘Bohemian Rhapsody’, filem biopik tentang Freddie Mercury dan kumpulan rock Queen daripada Fox dengan AS$13.9 juta. Rami Malek telah menarik sanjungan kritikal untuk gambarannya sebagai penyanyi/pencipta lagu, dan filem itu telah mengumpul lebih daripada AS$150 juta di pawagam-pawagam Amerika Utara.

Melengkapkan 10 filem teratas Amerika Utara pada hujung minggu adalah ‘Instant Family’ (AS$12.5 juta), ‘Robin Hood’ (AS$9.1 juta), ‘Widows’ (AS$8 juta), ‘Green Book’ (AS$5.4 juta) dan ‘A Star Is Born’ (AS$3 juta). — AFP

Advertisement