Anda di sini

Program hari keluarga eratkan silaturahim

Advertisement
 Kanak-kanak yang menyertai hari keluarga bergambar bersama.
SERONOK: Kanak-kanak yang menyertai hari keluarga bergambar bersama.

PROGRAM hari keluarga dilihat mampu mengeratkan silaturahim selain memupuk semangat kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Buangsiol/Tebabang Pedi Amit berkata, program seumpama itu turut memupuk semangat cintakan keamanan serta menggalakkan aktiviti riadah yang sihat.

“Kekangan masa dalam kehidupan masyarakat hari ini ekoran tuntutan kerja menyukarkan ahli keluarga berkumpul dan meluangkan masa bersama.

“Sehubungan itu, program hari keluarga ini akan memberi ruang dan peluang kepada ahli keluarga, rakan dan anggota masyarakat mengeratkan silaturahim serta ukhwah sesama kita,” katanya pada hari keluarga anjuran KRT Buangsiol/Tebabang, KOSPEN, Jiran Wanita dan Kelas Bina Insan Kampung Buangsiol di Limbang, baru-baru ini.

 Jawatankuasa Jiran Wanita Noratijah Bakar duduk bersama kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna.
BERBAKAT: Jawatankuasa Jiran Wanita Noratijah Bakar duduk bersama kanak-kanak yang menyertai pertandingan mewarna.

Pada majlis itu, beberapa acara diadakan termasuk sukaneka untuk kanak-kanak dan para ibu bapa selain pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan dewasa.

Hadir pada program itu ialah Pegawai KEMAS Bahagian Limbang Mohd Khairul Amree Abdul Rahman, Penolong Pegawai Perpaduan Nor Harison Romli dan Ketua Kampung Buangsiol Juparali Mat Kaseh.

  • oleh
  • Advertisement