Anda di sini

'Konsert Amal Bersama Judika' malam Rabu

Advertisement
JUDIKA akan membuat persembahan pada Konsert Amal SM Stella Maris malam Rabu.
JUDIKA akan membuat persembahan pada Konsert Amal SM Stella Maris malam Rabu.

PERSATUAN Alumni SM Stella Maris akan mengadakan `Konsert Amal Bersama Judika' sebagai acara penutupan bagi sambutan Jubili Emas SM Stella Maris.

Konsert ini akan berlangsung pada hari ini (Rabu) jam 8 malam, bertempat di Dewan Hakka, Tanjung Lipat, Likas.

Sebelum penampilan Judika, kumpulan rock alternatif negara, Estranged bakal menghangatkan suasana sebagai pembuka tirai persembahan.

Nantikan juga penampilan istimewa artis tempatan, Linda Nanuwil.

Tiket konsert amal masih boleh dibeli menerusi talian hotline di +6 016 851 7697 / +6 014 645 9197 / +6 012 816 4347, atau terus ke pejabat Asia Direct Travel, Lot F-2-15, Blok F, Tingat 2, Jalan Mat Salleh, Plaza Tanjung Aru.

Tiket juga akan dijual di Dewan Hakka pada hari konsert amal, bermula pada jam 3 petang.

Harga tiket adalah RM128 (Zon 5), RM188 (Zon 4), RM288 (Zon 3), RM388 (Zon 2), RM488 (Zon 1) dan RM588 (VIP).

Pemegang tiket VIP berpeluang bertemu dengan Judika sebelum konsert amal bermula.

Harga tiket khas pelajar sekolah/ kolej/ universiti juga akan diberikan kepada pelajar yang mempunyai kad pelajar.

Hasil jualan tiket akan disalurkan ke dana bangunan baharu SM Stella Maris.

  • oleh
  • Advertisement