Anda di sini

Jalan Pedada dinamakan semula Jalan Dr Wong Soon Kai

Advertisement
Tiong mempengerusikan mesyuarat penuh MPS hari ini.
Tiong mempengerusikan mesyuarat penuh MPS hari ini.

SIBU: Jalan Pedada akan ditukar nama kepada Jalan Dr Wong Soon Kai sebagai mengenang jasa dan sumbangan mendiang, dalam masa terdekat.

Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King berkata, pihaknya kini dalam proses menukar nama papan tanda jalan.

"Permohonan menukar nama jalan tersebut diluluskan Kementerian Pembangunan Bandar dan Sumber Asli pada 18 Oktober lalu," katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Penuh MPS di sini, hari ini.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Dr Wong Soon Kai yang meninggal dunia pada usia 90 tahun tahun lepas, merupakan pengamal perubatan selama lebih 20 tahun sebelum menyertai politik pada tahun 1974.

Mendiang memegang jawatan Timbalan Ketua Menteri Sarawak dari tahun 1994 hingga 1996.

Dr Wong juga pernah memegang jawatankuasa Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dari tahun 1991 hingga 1996.

  • oleh
  • Advertisement