Anda di sini

Mangsa kebakaran rumah panjang terima bantuan SEB

Advertisement
 Staf CSR dan Perhubungan Masyarakat SEB Alis Ekan (dua kiri) dan Florida Havit (kanan) menyampaikan bantuan segera kepada mangsa kebakaran Uma Bakung yang diwakili Martha Bilong.
RINGANKAN BEBAN: Staf CSR dan Perhubungan Masyarakat SEB Alis Ekan (dua kiri) dan Florida Havit (kanan) menyampaikan bantuan segera kepada mangsa kebakaran Uma Bakung yang diwakili Martha Bilong.

MANGSA kebakaran rumah panjang di Uma Bakung, Belaga pada Isnin lalu menerima bantuan daripada Sarawak Energy Berhad (SEB) pada Rabu.

Kia-kira 340 penduduk yang terjejas akibat kejadian itu menerima bantuan segera berupa barang makanan dan pakaian sumbangan SEB.

Mangsa tersebut kini diletakkan di gereja atau tinggal dengan saudara-mara mereka.

Uma Bakung terletak kira-kira 20 kilometer (km) dari Skim Penempatan Semula Sungai Asap Bakun di jalan utama menuju Empangan Hidroelektrik (HEP) Bakun dan ditubuhkan apabila projek kuasa hidro membuka infrastruktur dan pembangunan jalan di kawasan tersebut.

“Meskipun Uma Bakung bukan sebahagian daripada 15 komuniti yang terjejas secara langsung oleh projek kuasa hidro, kami mahu menjadi jiran yang baik kepada masyarakat berhampiran dengan pemasangan dan operasi kami.

“Satu cara untuk melakukan ini adalah untuk memberi bantuan bagi melegakan kesengsaraan terutama semasa keperluan seperti semasa kebakaran atau banjir yang mana SEB tampil membantu mangsa kebakaran di Uma Kulit pada 2013 dan Uma Badeng pada 2017,” kata Pengurus Besar Tanggungjawab Sosial Korporat SEB Jiwari Abdullah menerusi kenyataan medianya Rabu.

Katanya: “Kami akan terus bekerjasama dan menilai keperluan jangka panjang komuniti jiran kami terutama dalam mengurangkan risiko kebakaran rumah panjang.

“Kami akan bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pejabat Daerah Belaga, pemimpin masyarakat dan Sungai Asap Fire Fighters Volunteers Association dalam perkara ini.”

SEB telah menaja kenderaan memadam kebakaran yang lengkap pada bulan ini untuk menggantikan kenderaan lama untuk Sungai Asap Fire Fighters Volunteers Association.

Perbadanan yang mengendalikan Loji Hidroelektrik Bakun dan Loji Hidroelektrik Murum telah bekerjasama dengan komuniti di kawasan penempatan semula untuk mengurangkan kejadian kebakaran.

Sejak pengambilalihan HEP Bakun, SEB telah bekerjasama rapat dengan Sungai Asap Fire Fighters Volunteers Association mengenai Program Kesedaran Keselamatan dan Pencegahan Kebakaran untuk rumah panjang di kawasan penempatan semula Bakun.

Perbadaan juga menyediakan latihan kepada anggota persatuan dan peralatan pemadam kebakaran yang disumbangkan kepada masyarakat.

Anggota Sungai Asap Fire Fighters Volunteers Association berada di tempat kejadian pada hari Isnin untuk membantu memadamkan api dan merawat mangsa.

Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Korporat, Aisah Eden berkata, SEB komited untuk melaksanakan perniagaannya dengan penuh tanggungjawab dengan masyarakat sekali gus meningkatkan sosioekonomi mereka.

“Kami akan terus bekerjasama dengan masyarakat untuk memberi bantuan diperlukan untuk kebaikan masyarakat,” kata Aisah.

Syarikat korporat menyokong inisiatif pembangunan komuniti termasuk meratakan tanah untuk lanjutan rumah panjang di penempatan semula Sungai Asap.

Begitu juga, program pelaburan sosial pemeliharaan kebudayaan seperti Festival Do Ledih dan Ladong Bio yang menjadi kebajikan masyarakat Kayan dan Kenyah serta sokongan besar untuk pembangunan pendidikan melalui penggunaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bakun.

Antara bentuk sokongan lain yang diperluaskan termasuk program peningkatan pendidikan untuk sekolah-sekolah di Belaga dengan kerjasama Pusat Aktiviti Kanak-Kanak (PAKK) Uma Daro dan Penan Talun untuk penambahbaikan kemudahan penjagaan anak di Sungai Asap dan kunjungan pendidikan untuk Belaga ke institusi pengajian tinggi di bawah program ‘Jom Masuk U’.

Di samping itu, SEB dijangka menyediakan pembiayaaan tahunan kepada Bakun Charitable Trust untuk pembangunan latihan pendidikan dan kemahiran untuk komuniti Sungai Asap pada awal 2019.

Advertisement