Anda di sini

Lima pelajar maut, bas terbabas

Advertisement
KEADAAN bas persiaran yang terbalik di bahagian kiri jalan di sini petang Jumaat lalu.
KEADAAN bas persiaran yang terbalik di bahagian kiri jalan di sini petang Jumaat lalu.

KOTA MARUDU: Lima pelajar disahkan maut selepas bas persiaran yang dinaiki terbabas di Jalan Marak Parak berdekatan Kamoung Surun-Surun petang Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superintendan Mohd Izaan Abdullah berkata kejadian berlaku apabila bas terbabit dalam perjalanan dari arah Sandakan menuju ke Kudat.

“Bas sewa yang membawa sekumpulan pelajar dan kakitangan dari sebuah institusi awam itu terbabas sebelum terbalik semasa menuruni jalan berbukit di sini.

“Impak kejadian menyebabkan lima pelajar maut manakala yang lain menerima rawatan lanjut di hospital daerah,” katanya.

Menurutnya sebarang perkembangan akan dimaklumkan kemudian dan kes masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

  • oleh
  • Advertisement