Anda di sini

30 pelajar Islam SMK Lubok Antu menyertai Program Khemah Ibadah

Advertisement
 Syaifullah (duduk, tengah) bersama peserta dan ahli-ahli jawatankuasa selepas berakhirnya program.
KENANGAN: Syaifullah (duduk, tengah) bersama peserta dan ahli-ahli jawatankuasa selepas berakhirnya program.

SERAMAI 30 pelajar Islam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok Antu menyertai Program Khemah Ibadah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Lubok Antu di Dewan sekolah tersebut, baru-baru ini.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang tiga hari program itu antaranya ialah aktiviti ‘ice-breaking’ di mana pelajar diminta membuat logo, slogan dan moto kumpulan, bengkel sembelihan, bengkel Tahsin al-Fatihah, pertandingan azan dan bacaan surah al-Fatihah.

Penyelaras program, Syaifullah Ismail berkata turut diadakan ialah bengkel pengurusan jenazah disampaikan oleh mantan Imam 1, Masjid Lubok Antu, Anwar Abdul Rahim.

Selain pelajar, komuniti setempat turut serta dalam bengkel pengurusan jenazah. Antaranya masyarakat Islam di Kampung Melayu Lubok Antu, warga Islam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu, warga Islam dari Pasukan Gerakan Am (PGA) dan guru-guru agama sekitar Lubok Antu dan Sri Aman.

Turut diadakan aktiviti sukan rakyat membabitkan acara tarik tali, isi air dalam botol, bawa bola pingpong dalam sudu dan boling kelapa.

Pada sebelah malam diadakan Majlis Cinta Ilmu menerusi ceramah bertajuk ‘Kehidupan dan Kematian’ disampaikan oleh Mohd Aizat dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kem Pakit, Sri Aman.

Dalam pada itu, pelajar dan masyarakat kampung turut bersama dalam aktiviti ‘Islam itu Sihat’ diadakan acara senamrobik bersama pelajar dan guru-guru.

Ceramah akidah turut diadakan disampaikan oleh Mohd Zulhazmi selaku Timbalan Pegawai Baitulmal Cawangan Sri Aman.

Pada majlis penutupan, wakil pelajar Mohd Nurhakimi ketika menyampaikan ucapan dan berharap program itu terus dilakukan pada masa akan datang.

Syaifullah Ismail yang juga Ketua Panitia Pendidikan Islam SMK Lubok Antu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat menjayakan program tiga hari itu.

Beliau berharap kerjasama baik semua pihak memberi kekuatan kepada dirinya terus mengadakan program keagamaan di Lubok Antu.

Advertisement