Anda di sini

Projek hotel Bukit Bendera bercanggah kenyataan Chow

Advertisement

GEORGE TOWN: Rancangan untuk membina dua hotel di puncak Bukit Bendera seperti dicadangkan oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow adalah bercanggah dengan kenyataan yang dibuatnya semasa Hari Alam Sekitar Sedunia.

Pengasas bersama Penang Hill Watch Rexy Prakash Chacko berkata Chow pada 5 Jun telah menyatakan bahawa Pulau Pinang adalah ‘satu-satunya negeri di Malaysia yang tidak satu inci persegi telah disentuh’ dan ‘tidak akan mempertikaikan komitmen kami untuk melindungi dan memelihara rizab hutan kekal kami’.

Tetapi pada 8 November, Chow menyatakan bahawa sebahagian daripada tanah yang hotel itu akan dibina adalah dalam hutan simpan dan mahu menyelesaikan perkara itu, kata beliau.

Rexy melahirkan kebimbangan bahawa projek pembangunan hotel boleh mengakibatkan penebangan pokok dan kemusnahan flora dan fauna, yang kebanyakannya adalah unik di Bukit Bendera.

“Kenyataan ini juga mempersoalkan garis panduan yang dinyatakan dalam Rancangan Kawasan Khas (SAP) Bukit Bendera yang jelas menyatakan bahawa rizab hutan di Bukit Bendera di-kategorikan sebagai ‘Kawasan Sensitif Persekitaran Tahap 1’, dengan aktiviti peneba-ngan pokok di hutan simpan adalah tidak disokong,” kata-nya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Penang Women’s Centre for Change (WCC) di sini semalam dan merayu kepada Chow supaya membatalkan projek hotel mega di puncak bukit.

Terdahulu, Rexy diiringi oleh anggota Penang Forum, Khoo Salma Nasution, presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (PEKA) Malaysia Datuk Shariffa Sabrina Syed Akil dan penasihat Persatuan Pencinta Alam Malaysia Pulau Pinang, Kanda Kumar.

Sementara itu, Shariffa Sabrina menegaskan bahawa keperluan untuk hotel di Bukit Bendera adalah tidak perlu kerana kebanyakan pengunjung menghabiskan masa hanya beberapa jam di sana.

“Disebabkan kawasan Bukit Bendera kecil untuk aktiviti, pelawat biasanya datang hanya untuk menikmati pemandangan alam semula jadi dan pemandangan indah dari puncak bukit, tetapi hotel yang dibina haya akan menjejaskan suasana.

Shariffa juga menjelaskan bahawa motif (NGO) mereka hanya menentang pembangunan yang menjejaskan persekitaran dan kemusnahan alam sekitar.

“Kami masih menyokong sepenuhnya pembaharuan dan penambahbaikan aset lama kerajaan di Bukit Bendera untuk digunakan semula seperti dinyatakan oleh Perbadanan Bukit Bendera (PHC),” katanya.

Sembilan daripada 36 ba-ngunan warisan di Bukit Bendera dimiliki oleh kerajaan negeri dan boleh menampung sehingga 50 bilik jika diubah suai.

Menurut PHC, pemindahan pengurusan Banglo Convalescent, salah satu banglo tertua di Bukit Bendera dan pernah menjadi rumah pemulihan bagi pegawai-pegawai British semasa era kolonial, daripada Ketua Menteri Diperbadankan ke PHC masih dalam proses. — Bernama

Advertisement