Anda di sini

Perbicaraan ‘El Chapo’ dedah sogokan jutaan dolar untuk bekas menteri

Advertisement
 Penolong Peguam AS Gina Parlovecchio menyoal Zambada (dua kiri), dengan             pistol bersalut berlian yang dipamerkan sewaktu perbicaraan ‘El Chapo’ (kanan), dalam sketsa bilik mahkamah ini di mahkamah persekutuan Brooklyn di New York pada 19 November lepas. — Gambar Reuters
BERI KETERANGAN: Penolong Peguam AS Gina Parlovecchio menyoal Zambada (dua kiri), dengan pistol bersalut berlian yang dipamerkan sewaktu perbicaraan ‘El Chapo’ (kanan), dalam sketsa bilik mahkamah ini di mahkamah persekutuan Brooklyn di New York pada 19 November lepas. — Gambar Reuters

NEW YORK: Seorang bekas ejen kartel memberitahu perbicaran Joaquin ‘El Chapo’ Guzman di Amerika Syarikat (AS) kelmarin bahawa dia menyogok seorang bekas menteri kabinet Mexico dengan jutaan dolar yang disimpan dalam dua beg pakaian dan diserahkan sendiri di sebuah restoran.

Jesus Zambada, seorang pemberi maklumat kerajaan yang ditahan di AS sejak 2008, berkata sogokan itu dihantar sendiri kepada Genaro Garcia Luna, bekas menteri kese-lamatan awam Mexico, pada 2005-2006.

Zambada berkata kartel Sinaloa turut menyogok Gabriel Regino, ketika itu seorang pegawai kanan polis di bawah presiden baharu Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador, ketika Obrador menjadi datuk bandar Kota Mexico.

Jumlahnya? “Beberapa juta dolar” pada 2005.

Zambada berkata Regino disogok untuk mendapat-kan “perlindungan” kartel. Regino dengan pantas menafikan dalam Twitter pernah menerima rasuah dari Zambada.

Saksi itu mendakwa pada waktu rasuah pertama, iaitu AS$3 juta (RM12 juta) yang diisi dalam sebuah beg pakaian, Garcia Luna merupakan seorang pegawai kanan di pejabat peguam negara, jawatan yang beliau pegang dari 2001 hingga 2006.

Pada waktu rasuah ke-dua sebanyak AS$3-5 juta (RM12-20 juta), beliau ber-ada dalam kabinet persekutuan di bawah presiden ketika itu Felipe Calderon sebagai menteri keselamatan awam, yang bermakna beliau bertanggungjawab ke atas polis persekutuan Mexico.

Zambada membuat pendedahan itu ketika disoal oleh peguam bela Guzman, William Purpura, pada hari keempat dan terakhir bagi keterangannya.

Guzman, yang dianggap sebagai pengedar dadah terbesar di dunia sejak kematian Pablo Escobar dari Colombia, menghadapi perbicaraan di mahkamah persekutuan di Brooklyn di bawah kawalan keselamatan yang ketat selepas dua kali meloloskan diri dari penjara di Mexico.

Perbicaraannya kini me-masuki minggu kedua.

Pada Isnin lepas, Zambada memberikan keterangan bagaimana Guzman meng-arahkan sekurang-kurangnya enam kematian, termasuk kematian seorang seteru yang enggan berjabat tangan dengan dia, dan isteri seteru tersebut.

Pendakwa raya AS turut memasukkan sebagai bukti pistol bersalut berlian yang diukir dengan huruf awal nama Guzman.

Dalam kenyataan pembukaan beliau di perbicaraan itu, pihak pembelaan mendakwa kartel Sinaloa menyokong presiden Mexido sekarang dan presiden sebelum itu.

Pengasas bersama Sinaloa itu menghadapi 11 tuduh mengedar dadah, menyeludup senjata api dan mengubah wang yang kemungkinan akan menyaksikannya dihukum penjara seumur hidup di penjara kawalan keselamatan maksimum di AS jika beliau disabit kesalahan.

Dituduh menyeludup lebih 155 tan kokain ke dalam AS dalam tempoh 25 tahun, beliau diekstradisi ke AS pada Januari 2017. — AFP

Advertisement