Anda di sini

Fitnah: Madius buat laporan polis kali kedua

Advertisement
 Madius ditemui selepas membuat laporan polis di Penampang.
SERIUS: Madius ditemui selepas membuat laporan polis di Penampang.

PENAMPANG: Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau sekali lagi membuat laporan polis terhadap fitnah yang dilemparkan terhadap beliau menerusi media sosial.

Beliau memberitahu menerima berita daripada rakan-rakan pada petang Isnin mengenai fitnah yang tular di media sosial.

“Pada mulanya, saya tidak mengambil peduli mengenai hal itu, tetapi sehinggalah lewat petang saya menerima ancaman dan kecaman daripada orang awam mengenainya.

“Fitnah itu menyatakan saya seorang pengkhianat... terlibat dalam pemberian kad pengenalan kepada pendatang tanpa izin dan lain-lain,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di sini pada Selasa.

Madius berkata, tuduhan kali ini sangat serius sehingga mengancam keselamatan diri dan ahli keluarganya.

Jelasnya, laporan polis dibuat agar siasatan dapat dilakukan sehingga dapat mencari dalang sebenar perkara itu.

“Siasatan juga diperlukan kerana fitnah itu jelas menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat.

“Saya harap hal-hal fitnah ini dapat dihentikan kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak,” katanya.

Menurutnya, tuduhan tidak berasas itu juga tidak adil terhadap dirinya sebagai Timbalan Ketua Menteri dan kerajaan negeri.

Advertisement