Anda di sini

Filem baharu ‘Fantastic Beasts’ gelap namun berpijak di bumi nyata

Advertisement
 The Crimes of Grindelwald
Poster filem Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald

ALBUS Dumbeldore merupakan seorang profesor yang muda di Hogwarts School; Gellert Grindelwald yang berkarisma namun jahat bertekad untuk memanipulasi dunia bagi mencapai matlamatnya sendiri; dan Newt Scamander, dengan beg pakaiannya yang ajaib dan penuh dengan makhluk aneh, cuba menghalangnya.

Dunia sihir yang dicipta oleh J.K. Rowling kembali ke skrin besar dengan ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald’, dan temanya yang gelap berpijak kukuh di bumi nyata.

Dengan latar belakang pada tahun 1927, kira-kira 70 tahun sebelum buku-buku dan filem-filem ‘Harry Potter’ yang paling laris tulisan Rowling, ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald’ merupakan siri kedua dalam siri filem keluaran sampingan yang menerokai pertarungan di antara kebaikan dan kejahatan, dan antara toleransi dengan penerimaan.

“Perkara yang sentiasa luar biasa mengenai kerja Rowling ialah orang memahami aspeknya, sama ada ia adalah ciri watak yang khusus atau kelemahan atau iklim politik,” kata Eddie Redmayne, yang membawa watak Scamander.

JOHNNY DEPP
JOHNNY DEPP

“Namun dia menyelubunginya dalam dunia ini yang begitu ajaib serta agak indah dan kita tidak rasa seperti dihentamnya sehingga kita mula memikirkannya kemudian,” kata pelakon itu kepada Reuters Television.

Rowling berkata kebangkitan politik populis pada zaman moden berada dalam fikirannya apabila dia mula menulis lakon layar untuk dua filem pertama, tetapi dia tidak menyatakan sama ada dia ada orang atau negara khusus dalam fikiran.

Latar belakang filem baharu itu pada 1927 menyaksikan Grindelwald, lakonan Johnny Depp, berucap di perhimpunan yang begitu besar untuk menghasut pengikutnya agar melakukan keganasan.

“Salah satu perkara yang Grindelwald buat dengan begitu baik ialah dia ada matlamat yang gila. Namun dia menjadikannya berbunyi begitu munasabah,” kata Alison Sudol, yang membawa watak pembaca fikiran Queenie Goldstein dalam filem itu.

 The Crimes of Grindelwald’ di London pada 13 November lepas. — Gambar Reuters
DUMBELDORE: Jude Law semasa tayangan perdana British filem ‘Fantastic Beasts: The Crimes of Grindelwald’ di London pada 13 November lepas. — Gambar Reuters

Zoe Kravitz, yang membawa watak kekasih hati Scamander, Leta Lestrange, berkata dia berpendapat watak Grindelwald mungkin mencontohi sesiapa sahaja dengan kuasa penggoda.

Tidak kira apa pun inspirasinya, Depp merupakan pilihan yang bagus untuk membawa wataknya, kata Kravitz.

“Dia begitu berkarisma dan pintar dan saya rasa dia adalah orang yang amat baik sekali untuk membawa watak penjahat seperti ini. Dia begitu agak menggoda,” katanya. — Reuters

Advertisement