Anda di sini

142 kanak-kanak dari Miri Diocese menerima sijil pada majlis graduasi

Advertisement
 Kanak-kanak Tadika Sri Cahaya, Tadika St Joseph dan Tadika St Dominic mempersembahkan koir pada majlis graduasi di Kelab Gymkhana Miri, baru-baru ini.
KOIR: Kanak-kanak Tadika Sri Cahaya, Tadika St Joseph dan Tadika St Dominic mempersembahkan koir pada majlis graduasi di Kelab Gymkhana Miri, baru-baru ini.

KIRA-kira 142 kanak-kanak dari tiga tadika bernaung di bawah Gereja Keuskupan Miri (Miri Diocese) iaitu Tadika St Joseph, St Dominic dan Sri Cahaya menerima sijil pada majlis graduasi di Kelab Gymkhana Miri, baru-baru ini.

Kanak-kanak terbabit merupakan mereka yang berusia enam tahun dan akan memasuki tahun satu pada 2019.

 Richard bersama tetamu menyaksikan persembahan kanak-kanak tadika sempena majlis graduasi di Kelab Gymkhana Miri.
GRADUASI: Richard bersama tetamu menyaksikan persembahan kanak-kanak tadika sempena majlis graduasi di Kelab Gymkhana Miri.

Berucap pada majlis graduasi itu, Bishop Miri Right Revd Richard Ng berkata Diocese Miri dalam perancangan membina dua lagi tadika, satu di Miri dan dan satu di Bintulu.

Beliau berkata, pelaksanaan projek itu memerlukan dua atau tiga juta ringgit justeru memerlukan sokongan daripada Katolik untuk merealisasikan impian itu.

“Setakat ini, kita mempunyai tiga tadika Katolik di Miri dan dua di Bintulu.

 Kanak-kanak Tadika St Joseph menampilkan persembahan menarik, tarian ‘Days of Elijah’.
MENARIK: Kanak-kanak Tadika St Joseph menampilkan persembahan menarik, tarian ‘Days of Elijah’.

Kita merancang membina sebuah lagi tadika di Taman Tunku dan sebuah di Bintulu.

“Ia merupakan bangunan sekolah lengkap dan sesuai keperluan tadika. Setakat ini kita masih dalam peringkat meneliti pelan bangunan,” katanya sambil menambah tanggungjawab beliau mencari peruntukan membina sekolah itu.

Justeru, Ng berharap ibu bapa Katolik di Miri terus menyokong sekolah tadika gereja itu termasuk menggalakkan lebih ramai ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke situ.

Majlis graduasi kali kedua itu dirasmikan dan dihadiri oleh ketiga-tiga guru besar sekolah tadika tersebut.

 Kanak-kanak Tadika St Joseph bersama Richard.
UNTUK ALBUM: Kanak-kanak Tadika St Joseph bersama Richard.

Sementara itu, Diocese Miri akan membuka pengambilan kanak-kanak seawal usia empat tahun mulai tahun hadapan.

Dalam pada itu, Ng memuji lembaga pengurusan sekolah tadika atas komitmen dan kerja keras mereka mendidik kanak-kanak di sekolah itu.

“Tadika memainkan peranan bukan hanya mengajar mereka kemahiran asas membaca, mengira dan menulis namun melahirkan generasi muda berakhlak tinggi, berhemah, bertoleransi, jujur dan mengamalkan nilai-nilai kemanusiaan,” katanya.

Majlis itu turut diserikan dengan persembahan tarian dan koir oleh kanak-kanak tadika terbabit.

  • oleh
  • Advertisement