Anda di sini

Majlis ‘Sayang Sarawak’ diadakan sempena tamat sesi persidangan DUN

Advertisement
 Abang Johari disambut mesra semasa tiba pada majlis Malam Sarawak Backbenchers bertemakan Sayang Sarawak di Kuching, baru-baru ini. — Gambar Chimon Upon
SELAMAT DATANG: Abang Johari disambut mesra semasa tiba pada majlis Malam Sarawak Backbenchers bertemakan Sayang Sarawak di Kuching, baru-baru ini. — Gambar Chimon Upon

MAJLIS Malam Sarawak Backbenchers yang dihadiri Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg baru-baru ini, berlangsung sederhana namun meriah.

Bertempat di Hotel Grand Margherita di Kuching, majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran isteri Ketua Menteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tun Tuanku Bujang.

 Ahli-ahli SABATI membuat persembahan nyanyian. — Gambar Chimon Upon
ISTERI PEMIMPIN: Ahli-ahli SABATI membuat persembahan nyanyian. — Gambar Chimon Upon
 Abang Johari mendendangkan lagu bersama Juma’ani pada majlis Malam Sarawak Back Benchers di Kuching. Turut kelihatan, Asfia, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, Timbalan Speaker DUN Dato Gerawat Gala dan Paulus. — Gambar Chimon Upon
BERGANDINGAN: Abang Johari mendendangkan lagu bersama Juma’ani pada majlis Malam Sarawak Back Benchers di Kuching. Turut kelihatan, Asfia, Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, Timbalan Speaker DUN Dato Gerawat Gala dan Paulus. — Gambar Chimon Upon

Hadir sama pada majlis itu ialah dua Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar, menteri-menteri kabinet negeri, menteri-menteri muda, Pengerusi Sarawak Backbenchers Club Paulus Palu Gumbang serta Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lain bersama pasangan masing-masing.

 Abang Johari bersama Uggah, Masing, Asfia serta menteri-menteri kabinet negeri lain pada majlis Malam Sarawak Backbenchers di Kuching, baru-baru ini. — Gambar Chimon Upon
JAMUAN: Abang Johari bersama Uggah, Masing, Asfia serta menteri-menteri kabinet negeri lain pada majlis Malam Sarawak Backbenchers di Kuching, baru-baru ini. — Gambar Chimon Upon

Majlis bertemakan ‘Sayang Sarawak’ itu diadakan sempena tamat sesi persidangan DUN bagi penggal ketiga yang berlangsung dari 5 hingga 14 November lalu.

Pelbagai acara sampingan dan persembahan disediakan bagi menyerikan lagi majlis anjuran Sarawak Backbenchers Club pada malam tersebut.

Selain itu, majlis turut menyaksikan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang menyertai aktiviti sukan anjuran Sarawak Backbenchers Club dan Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) sempena berlangsungnya persidangan DUN.

  • oleh
  • Advertisement