Anda di sini

Lima terselamat, nahas jalanraya di Jalan Tiku

Advertisement
BIJI-biji buah kelapa sawit yang dimuat oleh lori treler terbabit jatuh bertaburan di atas permukaan jalan raya akibat impak kemalangan yang berlaku.
BIJI-biji buah kelapa sawit yang dimuat oleh lori treler terbabit jatuh bertaburan di atas permukaan jalan raya akibat impak kemalangan yang berlaku.

TAWAU: Lima terselamat dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah pacuan empat roda dan lori treler yang membawa muatan biji kelapa sawit di Jalan Tiku di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kejadian itu dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10.10 pagi di antara simpang Taman Megah Jaya dan bulatan Tiku. 

“Pemandu pacuan empat roda, lelaki, 77, dan tiga penumpangnya, wanita, 49, wanita, 50, dan lelaki, 20, serta pemandu lori, lelaki, 43, tidak mengalami kecederaan,” katanya.

Fadil berkata siasatan awal polis menunjukkan pemandu lori datang dari arah Merotai menuju ke Kunak dengan membawa muatan biji kelapa sawit seberat kira-kira 30 tan.

Menurutnya, pemandu kereta pacuan empat roda berkenaan disyaki memasuki laluan bertentangan dan mengelak ke kiri jalan, namun jarak kedua-dua kenderaan terlalu dekat.

“Keadaan itu dipercayai mengakibatkan pacuan empat roda dan lori treler terbabit berlanggar dari tepi hadapan sebelum bergesel dan terbabas ke bahu jalan,” katanya.

Beliau berkata siasatan kes masih lagi dijalankan melalui Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN166/99 dan dikendalikan Pegawai Penyiasat Sjn Razlan Razan.

  • oleh
  • Advertisement