Anda di sini

Dua maut, empat cedera nahas di Saratok

Advertisement
Keadaan pikap (kiri) dan kereta dinaiki lima mangsa dalam kejadian di kawasan Brayang Kilometer 30 Jalan Saratok-Sarikei di sini, hari ini.

Oleh Kepu Sidi 

SARATOK: Dua maut dan empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan berhampiran Sekolah Kebangsaan Brayang di Kilometer 30 Jalan Saratok-Sarikei di sini, hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta jenis pikap, 27 tahun dan penumpang sebuah kereta, Kiung Ming King, 51 disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Empat lagi mangsa termasuk pemandu kereta yang mengalami kecederaan dikejarkan ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans. 

Difahamkan, kesemua lima mangsa dari kereta berkenaan yang terbalik selepas kemalangan dikeluarkan sendiri oleh orang awam di lokasi kejadian.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, khidmat bomba diperlukan untuk mengeluarkan pemandu pikap yang tersepit dalam kenderaan.

"Mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan  dipercayai telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

(Berita lanjut menyusul)
 

Advertisement