Anda di sini

Angkara durian, lelaki ditetak di kepala

Advertisement
KEADAAN kepala mangsa yang ditetak.
KEADAAN kepala mangsa yang ditetak.

LAHAD DATU:  Seorang lelaki berusia 55 tahun cedera di bahagian kepala setelah ditetak menggunakan parang kerana tidak berpuas hati durian pemilik tanah diambil di tanah yang mereka tumpangi bersama.

Kejadian berlaku di Kampung Buang Sayang, Batu Lapan dekat sini pada Selasa kira-kira jam 7.30 pagi apabila mangsa yang juga pengadu dipanggil suspek untuk datang ke rumahnya.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, mangsa telah pergi ke rumah suspek setelah dimaklumkan mereka akan berbincang hal rumah.

Katanya, setibanya di rumah itu mangsa telah naik ke bahagian ruang tamu namun tiba-tiba suspek mendekatinya dan mengetuk kepalanya menggunakan sebilah parang sehingga berdarah.

"Hasil siasatan lanjut, semasa pengadu duduk di ruang tamu bercerita dengan datuk suspek, secara tiba-tiba suspek telah mengeluarkan sebilah parang berukuran 20 inci dan terus memukul kepala pengadu sehingga berdarah.

"Berlaku pergelutan sehingga kedua-dua mereka terjatuh di lantai dan suspek juga ada menendang dada dan memukul kepala pengadu menggunakan tangan," katanya.

SENJATA parang yang digunakan suspek menetak mangsa.
SENJATA parang yang digunakan suspek menetak mangsa.

Nasri berkata, dipercayai punca pergaduhan disebabkan suspek tidak berpuas hati dengan pengadu yang mengambil durian di atas tanah milik orang lain meskipun mereka berdua adalah penjaga tanah yang mereka tumpangi itu. 

Tindakan lanjut dengan menahan suspek dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah dan membawa pada penemuan senjata parang yang disyaki digunakan dalam kes itu.

  • oleh
  • Advertisement