Anda di sini

Rumah musnah terbakar, enam penghuni selamat

Advertisement
Pasukan bomba berusaha memadamkan api yang memusnahkan sebuah rumah di Taman Woon, Jalan Matang malam tadi.

KUCHING: Sebuah rumah jenis berkembar di Taman Woon, Jalan Matang musnah dalam satu insiden kebakaran yang berlaku, malam tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dan Batu Lintang dikerahkan ke lokasi susulan menerima panggilan sekitar 10.31 malam tadi berhubung kejadian itu.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkembar jenis setingkat struktur kekal terbakar 100 peratus. 

"Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta yang berada di perkarangan rumah tersebut," kata Jurucakap Bomba dalam satu kenyataan.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan yang mana semua enam orang penghuni rumah tersebut berjaya menyelamatkan diri semasa kebakaran.

Turut hadir, Komander Operasi Tan Min Chai, Pegawai Kanan Maizan Abd Majid termasuk kakitangan dari Syarikat Sesco Berhad (Sesco) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

  • oleh
  • Advertisement