Anda di sini

Mesir bangkit minit akhir mengatasi Tunisia 3-2

Advertisement
 Antara babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2019 di antara Mesir dan Tunisia di Stadium Borg El Arab di Mesir. — Gambar AFP
MENYERLAH: Antara babak-babak aksi perlawanan Kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2019 di antara Mesir dan Tunisia di Stadium Borg El Arab di Mesir. — Gambar AFP

JOHANNESBURG: Mohamed Salah menjaringkan gol pada minit akhir untuk memberikan kemenangan 3-2 kepada Mesir di tempat sendiri ke atas Tunisia kelmarin dalam perlawanan Piala Negara-Negara Afrika 2019 di antara dua buah negara yang sudah pun melayakkan diri.

Bintang Liverpool itu menguis bola ke dalam gawang untuk melengkapkan jaringan dalam pertarungan hari perlawanan kelima yang rancak di mana kedua-dua pasukan saling mendahului satu sama lain.

Salah sudah menjaringkan empat gol dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara - kurang dua berbanding penjaring terbanyak Odion Ighalo dari Nigeria.

Naim Sliti meletakkan Tunisia di hadapan awal yang diikat oleh Mahmoud ‘Trezeguet’ Hassan sebelum waktu rehat di stadium Borg el Arab yang menampung 86,000 kerusi di Iskandariah.

Baher el Mohamad menjaringkan tandukan untuk meletakkan Mesir di hadapan pada minit ke-60 tetapi Sliti menjaringkan gol sekali lagi 18 minit sebelum tamat dan keputusan siri nampak berkemungkinan sebelum Salah melakukan jaringan.

Sebelum dia terbang ke Mesir, salah meneruskan kebangkitannya selepas permulaan yang perlahan kepada musim Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan gol pertama untuk Liverpool dalam kemenangan 2-0 ke atas Fulham.

Ia merupakan gol liga keenamnya pada musim ini, dan kelapan untuk kelabnya dalam semua pertandingan.

Salah menikmati musim pertama yang sensasi bersama Liverpool, dengan menjaringkan 44 gol dalam semua pertandingan dalam kempen 2017/2018 selepas dia tiba dari Roma.

Kemenangan meletakkan Mesir pada kedudukan yang sama dengan Tunisia dalam Kumpulan J dengan 12 mata tetapi pasukan yang tewas mengekalkan tempat pertama berdasarkan rekod satu lawan satu.

Tunisia memulakan perlawanan sebagai pasukan tunggal di kalangan 48 pasukan dalam pertandingan kelayakan yang boleh berbangga dengan rekod 100 peratus selepas mereka menewaskan Mesir di tempat sendiri, eSwatini di tempat lawan, dan Niger dua kali.

Ia merupakan perlawanan pertama yang diurus oleh dua jurulatih sementara Tunisia, Mourad Okbi dan Maher Kanzari, selepas veteran Faouzi Benzarti dipecat walaupun mencapai empat kemenangan.

Madagascar, Senegal dan pasukan tuan rumah Cameroon juga layak ke Piala Negara-Negara 2019 - yang pertama memaparkan 14 pasukan - dan 15 negara lain mungkin akan menempah tempat mereka pada hujung minggu ini.

Maghribi hampir pasti akan menyertai finalis lain sleepas dua gol dalam separuh masa kedua daripada pemain tengah Ajax Amsterdam, Hakim Ziyech, membawa kemenangan 2-0 ke atas Cameroon di Casablanca.

Dengan Cameroon yang layak secara automatik dari Kumpulan B selaku tuan rumah, Maghribi mempunyai kelebihan enam mata ke atas Malawi bagi satu lagi tempat kelayakan.

Ziyech menyempurnakan tendangan penalti pada minit ke-54 untuk meletakkan pasukan Singa Atlas di hadapan dan menjaringkan gol lagi pada minit ke-66.

Cameroon, yang mengalami kekalahan pertama dalam empat perlawanan sejak jurulatih Belanda, Clarence Seedorf, menjadi pengurus, terpaksa bermain dengan 10 orang pada minit ke-80 apabila Karl Toko Ekambi dibuang dari padang.

Di Juba, Burundi memintas Mali dan Gabon untuk menduduki tempat teratas dalam Kumpulan C dengan kemenangan 5-2 ke atas Sudan Selatan di mana Fiston Abdul Razak menjaringkan empat gol.

Babak pertama yang sengit berakhir dengan Burundi yang mendahului 2-1 apabila Razak menjaringkan gol, Atak Lual menyamakan kedudukan dan Cedric Amissi meletakkan pasukan timur Afrika itu di hadapan buat kali kedua.

Dominic Aboy menyamakan kedudukan lagi bagi pasukan tercorot Sudan Selatan sebelum Razak melakukan tiga jaringan dalam masa 11 minit untuk Burundi, yang memburu penampilan sulung dalam Piala Negara-Negara.

Burundi mempunyai sembilan mata, Mali lapan, Gabon tujuh dan Sudan Selatan kosong sebelum pasukan di tempat keda dan ketiga bertemu di Libreville semalam. — AFP

Advertisement