Anda di sini

Dua terbunuh dalam letupan bom di Karachi

Advertisement
 Dalam gambar yang diambil kelmarin, pekerja ambulans sukarelawan Pakistan membawa seorang mangsa letupan yang cedera ke hospital di Karachi. — Gambar AFP
MANGSA LETUPAN: Dalam gambar yang diambil kelmarin, pekerja ambulans sukarelawan Pakistan membawa seorang mangsa letupan yang cedera ke hospital di Karachi. — Gambar AFP

KARACHI: Sebiji bom telah membunuh sekurang-kurangnya dua orang dan mencederakan lapan lagi di bandar pelabuhan Karachi di Pakistan kelmarin, menurut pegawai polis dan hospital.

Letupan dilaporkan telah merosakkan beberapa bangunan dan mencetuskan keadaan panik di daerah Malir yang mempunyai ramai penduduk.

“Sejenis alat jangka diletakkan di bawah sebuah kereta sorong meletup dengan bunyi yang sangat kuat, membunuh dua orang dan mencederakan lapan yang lain,” pegawai kanan polis Irfan Ali Bahadur memberitahu AFP.

Tiada sesiapa setakat ini yang mengaku bertanggungjawab namun Karachi, hab komersil dan ekonomi di negara, telah lama berada dalam genggaman militan, keganasan sektarian dan etnik.

Polis telah menutup kawasan tersebut selepas letupan dan anggota pemusnah bom telah dipanggil ke tempat kejadian. — AFP

Advertisement