Anda di sini

91 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah oleh TYT

Advertisement
 TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M.Jasni bergambar bersama  penerima anugerah di Dewan Masyarakat Sandakan. Turut sama Speaker Undangan Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali (lapan kiri), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong (tujuh kiri) serta Menteri Kabinet dan Pembantu Menteri. Seramai 96 penerima pada Majlis Istiada
KENANGAN: TYT Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Juhar Bin Datuk Haji Mahiruddin dan isteri Toh Puan Datuk Seri Panglima (DR.) Hajah Norlidah binti Tan Sri Datuk R.M.Jasni bergambar bersama  penerima anugerah di Dewan Masyarakat Sandakan. Turut sama Speaker Undangan Datuk Seri Panglima Syed Abas Syed Ali (lapan kiri), Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Jaujan Sambakong (tujuh kiri) serta Menteri Kabinet dan Pembantu Menteri. Seramai 96 penerima pada Majlis Istiada

SANDAKAN: Seramai 91 penerima dikurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sabah oleh Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi Sabtu.

Mendahului senarai adalah penerima tunggal darjah Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) Pegawai Turus E1M Cawangan Khas Bukit Aman, ACP Anuar Kassim.
Bagi darjah kebesaran Ahli Darjah Kinabalu (ADK) terdapat 23 penerima antaranya Pengarah Hospital Duchess of Kent, Dr Francis Paul; mantan Penyelia Lembaga Pelabuhan Sandakan, Abdullah Awang; Ahli perniagaan, Wong Tshun Khee; Ahli Majlis Tertinggi UPKO, Miming Pornama; Pemimpin Pembangunan Masyarakat Sri Tanjung, Koo Hung Eow; Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen P171 Sepanggar, Raini Lekup; Ketua Wanita Warisan P191 Kalabakan, Mardianah Menteng; Ketua Wanita Warisan P186 Sandakan, Chong Fui Sham serta nama lain antaranya Sandom AK Bayan; Juo Mohd Amin; Rusniah Junaidi; Sulaiman Abdullah; Jummain Sawal; Abdul Mulok Abd Gani. 

Turut disampaikan, darjah kebesaran Bintang Setia Kinabalu (BSK) kepada 25 penerima antaranya kepada Penolong Pegawai Perhutanan Daerah Sandakan, Jamal Jali; bekas Pembantu Teknik Majlis Perbandaran Sandakan, Lo Vun Kiong; mantan Ketua Kampung Tanjong Batu Tengah Tawau, Abd Wahid Abd Ghafor dan pesara Guru, Rusdiah KK Asmaran.

Penerima lain terdiri daripada Emran Omar; Fung Yun Loon; Sarbanun Imam Hassan; Kanta Matta; Budun Muari; Awang Unat; Tumin Amat; Nasroh Abdul; Leprus Esuvas @ Giswa; Halimah Sulong.

Sementara itu, Ketua Pembantu Tadbir Sekolah Kebangsaan Kem Tentera Sandakan, Dayang Salamah Abdullah pula dikurniakan Bintang Kinabalu (BK) bersama 29 penerima yang lain, serta 13 penerima Pingat Perkhidmatan Terpuji (SK).

Turut hadir adalah Toh Puan Norlidah R.M. Jasni, Speaker DUN Sabah, Datuk Syed Abas Syed Ali; Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan, Datuk Dr Jaujan Sambakong serta Menteri Belia dan Sukan Sabah, Frankie Poon Ming Fung selain pembantu-pembantu menteri dan ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

  • oleh
  • Advertisement