Anda di sini

Siklon Gaja membadai pantai timur India

Advertisement
 Penduduk India mengalih pokok tumbang berhampiran stesen kereta api di Nagapattinam dalam negeri                         Tamil Nadu, selatan India, semalam selepas Siklon Gaja melanda wilayah tersebut. — Gambar AFP
ANGKARA GAJA: Penduduk India mengalih pokok tumbang berhampiran stesen kereta api di Nagapattinam dalam negeri Tamil Nadu, selatan India, semalam selepas Siklon Gaja melanda wilayah tersebut. — Gambar AFP

CHENNAI: Ribut kencang menumbangkan pokok, memusnahkan rumah dan memaksa ribuan penduduk untuk mencari tempat selamat apabila Siklon Gaja membadai pantai timur India semalam.

Ribut sederas 120 kilo-meter sejam melanda negeri Tamil Nadu apabila taufan itu membadai kawasan pantai dekat Nagapattinam pada awal semalam dan membawa hujan lebat, kata pejabat kaji cuaca India.

Lebih 80,000 penduduk dari enam daerah di negeri selatan itu dipindahkan ke pusat perlindungan.

Taufan itu diramal akan bergerak ke barat dan perlahan-lahan reda sebelum ia menuju ke Laut Arab, kata Jabatan Meteorologi India.

Hujan lebat menyebabkan penakungan air dan menimbulkan ancaman daripada kejadian tanah runtuh. Bekalan elektrik terputus berlaku dengan meluas di wilayah berkenaan.

Pihak berkuasa menutup sekolah dan kolej dan mengerahkan pasukan pengurusan bencana untuk mengalih pilon elektrik dan pokok tumbang dari jalan raya.

Ribuan pekerja kecemasan bersiap-siaga bersama dua kapal tentera laut dan penyelam, helikopter serta bot getah.

Pihak berkuasa sudah memberi amaran kepada nelayan sejak Ahad lepas untuk tidak menggadai nyawa dengan pergi ke laut.

Gaja merupakan taufan besar kedua untuk melanda pantai timur India sejak beberapa minggu lalu.

Siklon Titli membadai ne-geri Odisha pada Oktober le-pas dan membunuh sekurang-kurangnya dua orang.

Taufan kerap melanda se-latan India antara April hingga Disember.

Pada tahun lepas, Siklon Ockhi mengorbankan hampir 250 orang di negeri-negeri selatan, Tamil Nadu dan Kerala. — AFP

Advertisement