Anda di sini

Penganggur didakwa membunuh kerani

Advertisement
 Hasnan (tengah) diiringi anggota polis dan peguamnya keluar dari Mahkamah Majistret selepas mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan membunuh pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, M Shuhairi A Wahab,35 pada 2 November lepas, di Kuantan, semalam. — Gambar Bernama
BICARA: Hasnan (tengah) diiringi anggota polis dan peguamnya keluar dari Mahkamah Majistret selepas mengaku tidak bersalah di atas pertuduhan membunuh pembantu tadbir Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Pahang, M Shuhairi A Wahab,35 pada 2 November lepas, di Kuantan, semalam. — Gambar Bernama

KUANTAN: Seorang penganggur semalam dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana dituduh membunuh seorang kerani Pejabat Tanah dan Galian Pahang, awal bulan ini.

Hasnan Wahab, 35, dari Taman Sungai Karang memberitahu Majistret Nor Azizah Aling bahawa dia memahami pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Malaysia.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandang ia di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Hasnan dituduh membunuh M. Shuhairi A.Wahab, 35, di sebuah rumah di Perumahan Pandan Indah di sini antara jam 12 tengah hari dan 5.50 petang 2 Nov.

Dia ditangkap pada 3 November.

Dia dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalalan.

Nor Azizah menetapkan 14 Dis sebagai tarikh sebutan untuk laporan forensik dan bedah siasat dan beliau tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Pada 3 Nov, media melaporkan mayat M. Shuhairi dijumpai dalam sebuah bilik tidur di rumah itu. Mangsa dipercayai telah dibunuh sebelum biliknya dibakar.

Mayat mangsa dijumpai pasukan bomba yang tiba untuk memadamkan kebakaran, yang turut menjumpai longgokan pakaian terbakar di atas badan mayat.

Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Tengku Ampuan Afzan turut mendedahkan bahawa selain kesan terbakar, terdapat juga kesan kecederaan di kepala dan badan yang dipercayai disebabkan benda tumpul. — Bernama

Advertisement