Anda di sini

Fella Design kembangkan sayap perniagaan ke Sarawak

Advertisement
 Dr Sim merasmikan pembukaan cawangan baharu Fella Design di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne, Kuching, semalam. Turut kelihatan, dari kiri, Manivanan, Jason, Pengurus Besar CityOne Megamall, Brendan Lo dan Pengurus Kanan Kenbest Group of Companies, Peter.
RASMI: Dr Sim merasmikan pembukaan cawangan baharu Fella Design di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne, Kuching, semalam. Turut kelihatan, dari kiri, Manivanan, Jason, Pengurus Besar CityOne Megamall, Brendan Lo dan Pengurus Kanan Kenbest Group of Companies, Peter.
 Dr Sim menjamu selera bersama Manivanan, Jason dan tetamu lain selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu Fella Design di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne, Kuching, semalam.
JAMU SELERA: Dr Sim menjamu selera bersama Manivanan, Jason dan tetamu lain selepas merasmikan pembukaan cawangan baharu Fella Design di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne, Kuching, semalam.
 Antara perabot yang dijual di Fella Design di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne, Kuching.
CITA RASA BERBEZA: Antara perabot yang dijual di Fella Design di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne, Kuching.
__alt__

KUCHING: Syarikat perabot jenama terkemuka, Fella Design Sdn Bhd (Fella Design) secara rasminya membuka cawangan ke-17 di negara ini, yang terletak di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne di sini, semalam.

Majlis pelancaran pembukaan cawangan itu disempurnakan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Prof. Dr Sim Kui Hian dengan diiringi Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Fella Design, Manivanan Madhavan dan Pengarah Fella Design, Jason Tan.

Manivanan dalam ucapannya berkata, pembukaan cawangan baharu itu adalah untuk melebarkan sayap perniagaan di Sarawak selain mendekati pelanggan  dengan menawarkan pelbagai pilhan jenis perabot atau idea hiasan dalaman moden atau kontemporari mengikut cita rasa mereka.

Menurut beliau, Fella Design telah pun ditubuhkan sejak 1986 dan bulan November ini merupakan ulang tahun ke-32 syarikat tersebut.

“Sepanjang tempoh perjalanan itu, kami berjaya meluaskan perniagaan di negara ini dengan 15 cawangan di Semenanjung Malaysia dan dua cawangan di Malaysia Timur iaitu masing-masing satu di Kuching, Sarawak dan satu lagi di Kota Kinabalu, Sabah.

“Harapan kami dengan pembukaan cawangan baharu di sini, akan dapat memberi peluang kepada rakyat negeri ini mengguna pakai produk keluaran kami. Dan pada masa sama, mengekalkan hubungan baik dengan pelanggan sedia ada selain menjalin lebih banyak hubungan dengan pelanggan baharu,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran cawangan baharu Fella Design di sini, semalam.

Manivanan berkata, pihaknya menawarkan pelbagai konsep rumah termasuk kontemporari, ‘Mid Century’, ‘Scandy’, klasik moden dan reka bentuk ‘American Country’ untuk semua peringkat pemilik rumah.

Selain menyediakan khidmat kepada pengguna, katanya, Fella Design juga bekerjasama dengan pemaju perumahan dan agensi kerajaan di seluruh Malaysia untuk menyediakan satu penyelesaian sehenti bagi melengkapkan hartanah mereka.

“Sebagai jenama rumah Malaysia, kami berbangga untuk menyatakan bahawa keistimewaan kami adalah jelas. Kami bukan sahaja menjual perabot tetapi turut menaik taraf gaya hidup rakyat,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Sim menggesa pemain industri perumahan termasuk pemilik rumah di negeri ini untuk mengguna pakai perabot-perabot terkemuka itu dalam pembangunan hartanah mereka.

Ini kerana katanya, selain mengeluarkan perabot, Fella Design juga menawarkan pelbagai fabrik mengikut cita rasa pelanggan.

“Maka itu, saya menggesa pemaju perumahan serta pemilik rumah menggunakan perabot dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Fella Design untuk memperlengkapkan ruang rumah mereka.

“Kepada syarikat perabot terkemuka negara ini (Fella Design), saya juga mencadangkan gar membuka beberapa buah lagi cawangan mereka di kawasan lain di negeri ini misalnya di Miri dan Bintulu,” kata Dr Sim sambil menambah kawasan itu berpotensi tinggi memberi pulangan lumayan kepada Fella Design kerana mempunyai ramai pelanggan termasuk berdekatan dengan negara jiran.

Dalam pada itu, sempena dengan pembukaan cawangan baharu itu di bandar raya ini, Fella Design kini mengadakan diskaun tambahan sebanyak 10 peratus untuk semua produk sehingga 30 November ini.

Pelbagai tawaran disediakan sepanjang tempoh tersebut dengan kadar harga berpatutan dan bagi 32 pelanggan pertama, mereka layak mendapat kerusi kepak (wing chair) pelbagai reka bentuk secara percuma.

Orang ramai yang ingin mendapatkan makumat boleh menghubungi 082-532708 atau 017-8609417ataupun mengunjungi cawangan Fella Design  di F23A dan F25, Tingkat 1, Pusat Beli-Belah CityOne di sini, yang dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

  • oleh
  • Advertisement