Anda di sini

Abe adakan lawatan bersejarah ke Darwin

Advertisement
 Abe dan Morrison meletak kalungan bunga di tugu peringatan perang, Darwin Cenotaph, di Darwin, Australia semalam. — Gambar AFP
BERI PENGHORMATAN: Abe dan Morrison meletak kalungan bunga di tugu peringatan perang, Darwin Cenotaph, di Darwin, Australia semalam. — Gambar AFP

DARWIN: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe meng-adakan lawatan bersejarah ke Darwin semalam, kira-kira 75 tahun selepas tentera Jepun mengebom bandar raya utara Australia itu, dalam usaha kedua-dua negara untuk mengukuhkan hubungan ekoran kebangkitan China sebagai sebuah kuasa besar.

Perdagangan dan hubungan pertahanan yang lebih erat merupakan agenda utama dalam lawatan Abe selama dua hari dan pertemuan de-ngan Perdana Menteri Scott Morrison, sebelum kedua-dua mereka pergi ke Papua New Guinea untuk sidang kemuncak APEC pada hujung minggu ini.

Abe merupakan pemimpin pertama Jepun yang me-       lawat bandar raya pelabuhan itu di mana lebih 250 orang terkorban dalam beberapa serangan bom pada 1942-43 sewaktu Perang Dunia Kedua – serangan asing terburuk ke atas negara itu.

Abe dan Morrison memberi penghormatan di tugu per-       ingatan kepada mangsa perang dalam tindakan yang mirip dengan lawatan pemimpin Jepun itu ke Pearl Harbor pada 2016.

“Lawatan Perdana Menteri Abe amat simbolik dan signifikan sekali dan ia akan meneruskan persahabatan kedua-dua negara kita yang kukuh dan berkekalan selain hubungan kita dari segi ekonomi, keselamatan, komuniti dan sejarah,” Morrison menyebut dalam satu kenyataan.

Veteran menggambarkan acara meletak kalungan bunga pada satu majlis di Darwin Cenotaph sebagai menyentuh hati.

“Melihat perdana menteri Jepun di sini benar-benar meletak kalungan bunga di tugu peringatan perang kita adalah satu perkara yang agak emosional. Ia adalah menakjubkan bahawa dalam tempoh kira-kira 70 tahun, kita sudah datang sejauh ini,” kata seorang veteran kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Hari ini Abe juga akan memperingati mangsa Jepun apabila beliau melawat sebuah tugu peringatan untuk kakitangan tentera laut yang terkorban apabila kapal I-124 dikaramkan oleh kapal HMAS Deloraine pada Januari 1942 – kapal selam pertama Jepun yang dikaramkan oleh sebuah kapal Australia.

Abe lewat semalam meng-hadiri majlis yang menandakan pembukaan projek saluran paip bernilai AS$34 bilion (RM136 bilion), di mana Inpex dari Jepun adalah pengusaha dan pemegang saham majoriti.

Projek Ichthys LNG itu – pelaburan terbesar Jepun di seberang laut – mula menghantar gas asli ke Jepun pada bulan lepas dan dijangka akan mengukuhkan kedudukan Australia sebagai pembekal tenaga utama ke negara tersebut.

Operasi itu menerokai medan di perairan pantai utara Australia dan menyalurkan gas hampir 900 kilometer ke sebuah pelabuhan tidak jauh dari Darwin.

Kedua-dua pemimpin turut bertemu untuk rundi-ngan yang menurut pegawai Australia termasuk usaha berterusan untuk mencapai persetujuan mengenai kerja-sama pertahanan yang lebih mantap, termasuk eksesais ketenteraan bersama yang kerap.

Usaha itu mencerminkan keinginan kedua-dua negara untuk mengembangkan pembabitan mereka di rantau Pasifik bagi mengimbangi aktiviti ekonomi dan tentera China yang semakin giat di rantau tersebut. — AFP

Advertisement