Anda di sini

Nahas lori dalam feri

Advertisement
 Keadaan lori mangsa selepas kemalangan itu.
REMUK TERUK: Keadaan lori mangsa selepas kemalangan itu.

MUKAH: Pangkalan feri Batang Lassa menjadi tumpuan orang ramai apabila berlaku kemalangan membabitkan dua lori membawa muatan cerucuk besi pagi semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Matu-Daro DSP Neil Baginda, dalam kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu, seorang pemandu lori cedera parah apabila putus pergelangan kaki kirinya.

Beliau berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa iaitu seorang lelaki berusia 54 tahun sedang memandu masuk lorinya ke dalam feri.

“Secara tiba-tiba, mangsa telah melanggar sebuah lori lain di hadapannya yang juga membawa muatan cerucuk besi,” katanya kepada Utusan Borneo, semalam.

Difahamkan, ketika kejadian feri berkenaan sedang mengambil penumpang dari Sibu ke Daro.

Menurutnya lagi, akibat tersepit, pergelangan kaki kiri mangsa putus dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Daro.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) (a) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

  • oleh
  • Advertisement