Anda di sini

MCCCI masih buka sewaan untuk lot gerai Pasar Gong Xi Fa Cai

Advertisement
 
 Tapak Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di sepanjang laluan High Street dan Jalan Raja yang akan diadakan pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun depan.
PASTI MERIAH: Tapak Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 di sepanjang laluan High Street dan Jalan Raja yang akan diadakan pada 29 Januari hingga 4 Februari tahun depan.

MIRI: Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri (MCCCI) masih mengalu-alukan mereka yang berminat untuk menyewa lot gerai untuk Pasar Gong Xi Fa Cai 2019.

Pengerusi Lee Khoi Yun memberitahu, separuh daripada 260 gerai yang disediakan bermula 29 Januari hingga 4 Februari tahun depan masih belum disewakan.

“Kita akan memberi tempoh dua hari untuk peniaga mengesahkan sewaan mereka, dan sekiranya tidak ada jawapan pengesahan untuk tempoh terbabit, kita akan membuka permohonan seterusnya kepada peniaga lain,” katanya.

Menurut Lee, mereka yang berminat untuk menyewa lot terbabit boleh mendapatkan borang di pejabat pentadbiran MCCCI di sini pada waktu pejabat.

“Selain lot gerai untuk peniaga Cina, lebih 50 lot gerai turut dibuka kepada peniaga Bumiputera dan sambutannya amat menggalakkan,” ujarnya.

Jelas Lee, pihaknya turut bercadang untuk membuka lot ruang di kawasan pusat komersial baharu Times Square Miri, namun masih dalam perbincangan bersma pihak tertentu dalam usaha untuk membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada masyarakat setempat.

Pasar Gong Xi Fa Cai 2019 kali ke-17 itu merupakan medan perniagaan terbuka terbesar diadakan di utara negeri ini sebagai salah satu aktiviti memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina 2019.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Miri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Sarawak Energy Berhad, Persatuan Bulan Sabt Merah, Miri Parking System Sdn Berhad dan RELA.

Pasar di sepanjang laluan High Street dan Jalan Raja itu memulakan perniagaan pada jam 8 pagi (29 Januari 2019) hingga 4 Februari, jam 11 pagi.

Manakala majlis pelancaran pasar berkenaan akan diadakan pada 2 Februari 2019 jam 8 malam di pentas utama kawasan parkir bangunan lama Pejabat Daerah dan Residen Bahagian Miri.

Mereka yang ingin mengetahui lanjut berhubung lot gerai terbabit, sila hubungi pejabat MCCCI di talian 085-432 570 pada waktu pejabat.

Advertisement