Anda di sini

Polis tahan lelaki pecahkan cermin kereta

Advertisement
SUSPEK melakukan tujuh kesalahan memecahkan cermin kereta sekitar sini.
SUSPEK melakukan tujuh kesalahan memecahkan cermin kereta sekitar sini.

BEAUFORT: Seorang lelaki tempatan ditahan sepasukan anggota polis selepas memecahkan cermin kereta di pasar am di sini.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd Razak berkata suspek berumur 30 tahun berasal dari Kampung Tuavon, Jalan Kasigui Penampang ditahan pada jam 12.31 pagi di pasar berkenaan.

“Siasatan awal mendapati suspek terbabit dalam tujuh kes memecahkan cermin kereta di beberapa kawasan di sini.

“Modus operandi yang digunakan suspek adalah dengan menumbuk atau menendang cermin kereta mangsa dan membaling batu bagi mengambil barangan di dalam kereta berkenaan,” katanya.

Beliau berkata suspek juga terbabit penyalahgunaan dadah apabila didapati positif dadah jenis syabu semasa ditahan.

SALLEH menunjukkan lokasi telefon bimbit yang dipercayai diperolehi semasa menjalankan kegiatan samun.
SALLEH menunjukkan lokasi telefon bimbit yang dipercayai diperolehi semasa menjalankan kegiatan samun.

Tambahnya, suspek turut mempunyai empat kesalahan jenayah mengikut Seksyen 379A, 457 dan 380 Kanun Keseksaan.

“Suspek kini ditahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan direman sehingga 17 November ini,” katanya.

Dalam pada itu, Azmir berkata polis sekali lagi merekodkan kejayaan apabila berjaya menahan seorang warga asing yang terbabit kes samun pada penghujung Oktober lalu.

“Suspek, Salleh Halil sudah dituduh di mahkamah dan dipenjarakan selama lapan tahun dengan satu sebatan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement