
KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri pada Khamis menerima bayaran balik pinjaman daripada Kota Kinabalu Industrial Park Sdn Bhd berjumlah RM7.6 juta.
Penyampaian cek berkenaan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ir Melvin Disimond kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Datuk Pengiran Hassanel Pengiran Mohd Tahir.
Turut hadir menyaksikan majlis yang diadakan di Dewan Undangan Negeri Sabah itu ialah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.