Anda di sini

Tiada projek dibatalkan

Advertisement

KOTA KINABALU: Tidak ada projek yang dibatalkan atau ditangguhkan oleh Kerajaan Negeri baharu, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Ariffin Asgali.

Beliau berkata, pelaksanaan projek-projek pembangunan oleh Kerajaan Negeri yang telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) adalah mengikut keutamaan.

"Bagaimanapun, pelaksanaan urusan perolehan projek-projek yang belum bermula di bawah Kerajaan Negeri melalui tender, sama ada secara tender terbuka atau terhad, dan perolehan secara rundingan terus hendaklah ditangguhkan pelaksanaannya sehingga mendapat persetujuan Kerajaan Negeri baharu terlebih dahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Jahid Jahim (PBS-Tamparuli).

Ariffin berkata, kementerian, jabatan dan agensi negeri telah diarah untuk menjalankan proses tender secara terbuka mengikut peraturan dan tatacara perolehan sedia ada.

"Sementara, bagi perolehan yang telah diputuskan oleh Lembaga Tawaran Kementerian dan Lembaga Tawaran Negeri, agensi Kerajaan Negeri boleh meneruskan pelaksanaan berkenaan," katanya.

Selain itu katanya, agensi Kerajaan Negeri boleh meneruskan pelaksanaan semua perolehan yang telah dikeluarkan Surat Setuju Terima (SST) dan mana-mana perolehan yang telahpun menerima surat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Negeri Sabah.

Advertisement