Anda di sini

RM14 juta fokus untuk Program Pembasmian Kemiskinan

Advertisement
EWON
EWON

KOTA KINABALU: Peningkatan kapasiti ladang sawit dan getah antara fokus di bawah Program Pembasmian Kemiskinan yang melibatkan peruntukan sebanyak RM14 juta.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, pihaknya akan menggunakan sebaiknya peruntukan berkenaan bagi memperkasakan pelaksanaan program kerajaan termasuklah Program Mini Estet Sejahtera (Mesej).

Menurutnya, penambahbaikan pengisian dalaman projek Mesej sentiasa diberi perhatian berat oleh kementerian.

"Selain Mesej, kita juga akan melaksanakan Program Kampung Sejahtera (PKS) bagi membangunkan kampung-kampung yang memerlukan pembangunan secara menyeluruh.

"Pada 2019, sebanyak 10 kampung disasarkan untuk dilibatkan di bawah PKS dengan peruntukan sebanyak RM867,000 menerusi Program Ameniti dan Ekonomi Desa," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan.

Beliau berkata, pihaknya juga akan memperkenalkan program baharu sebagai tambahan program sedia ada yang berkaitan dengan aktiviti pelancongan luar bandar dalam skala kecil di kampung terpilih.

Katanya, program baharu itu akan melibatkan kampung-kampung luar bandar yang berpotensi dalam bidang eko-pelancongan.

Ewon berharap program baharu itu mampu menjana pendapatan utama atau pendapatan tambahan kepada golongan sasar seterusnya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

"Kampung yang terpilih juga akan menikmati faedah dari segi penyediaan kemudahan infrastruktur asas yang lebih baik dan teratur," jelasnya.

Advertisement