Anda di sini

Lori balak terbalik di Bulatan Jalan Kalabakan

Advertisement
LORI yang membawa muatan balak ini hilang kawalan semasa menaiki bukit sebelum terbabas dan terbalik di Bulatan Kalabakan.
LORI yang membawa muatan balak ini hilang kawalan semasa menaiki bukit sebelum terbabas dan terbalik di Bulatan Kalabakan.

TAWAU: Sebuah lori yang membawa muatan kayu balak dilaporkan terbalik selepas terbabas sendiri di Bulatan Kalabakan, Jalan Kalabakan - Sapulut, di sini, kira-kira jam 8 pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata pemandu lori, 50, pemegang kad pengenalan sementara dan tinggal di Batu 4 Jalan Apas, tidak mengalami kecederaan. 

"Semasa kejadian, pemandu hanya bersendirian dan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa lori itu dalam perjalanan ke stor balak di Lalangut," katanya. 

Fadil berkata pemandu lori disyaki menekan minyak untuk naik bukit, namun tidak dapat menarik treler lori yang membawa muatan kayu balak sebelum hilang kawalan dan terbalik. 

Menurutnya, setakat ini pemandu lori belum tampil membuat laporan polis dan siasatan dibuka mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN 166/ 99. 

  • oleh
  • Advertisement