Anda di sini

Enam protege ke finale Bintang Radio WAIfm Miri, Sabtu ini

Advertisement
CHRISTOPHER LONA
CHRISTOPHER LONA

MIRI: Enam orang protege yang telah terpilih di peringkat ‘battle’ akan berentap merebut gelaran juara Bintang Radio WAIfm Miri di Ruang Legar Permy Mall Miri, 17 November ini.

Pengurus Stesen RTM Miri, Zaidi Bujang berkata keenam-enam protege berkenaan telah melepasi saringan di peringkat ‘battle’ dan layak ke peringkat akhir bagi edisi 2018.

“Bintang Radio WAIfm Miri merupakan sebuah rancangan realiti radio dalam mencari bakat-bakat baru industri hiburan dan kali ini enam protege akan berentap di peringkat akhir Sabtu ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Zaidi berkata kesemua finalis terbabit ialah Alias Spikal, Emmnuel John, Christopher Lona, Velleza Anoi, Milous Bacuk dan Anna Lyn.

Ia adalah anjuran RTM Miri dengan kerjasama Kelab Sosial MIRIfm dan NAIM Group Of Companies yang berlangsung bermula jam 5 petang.

“Objektif utama program realiti ini adalah bertujuan untuk mengetengahkan bakat-bakat baru dalam industri muzik di Sarawak dan Malaysia amnya, seiring dengan Dasar Industri Kreatif Negara, RTM berperanan menyemarakkan penghasilan karya kandungan kreatif tempatan,” jelasnya.

Pada masa sama memberi peluang atau galakan kepada golongan muda untuk bergelar artis syarikat rakaman.

Justeru itu katanya, semua peminat lagu-lagu Iban di seluruh Bumi Kenyalang amnya dan di Bandaraya Miri khasnya adalah dijemput hadir bagi memberi sokongan kepada protege.

Penerbit Bersama Bana Jimbat dan Desmond Surai berkata Bintang Radio WAIfm Miri 2018 diadakan kali ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM5,100.

Juara akan menerima wang tunai RM2,000, sementara naib juara menerima wang tunai RM1,000 manakala tempat ketiga pula menerima RM700.

Bagi kategori Vokal Terbaik pula, pemenang akan menerima hadiah wang tunai RM500 dan hadiah sagu hati RM300 masing-masing berserta piala dan sijil.

Pihak penganjur akan mengundang tiga orang hakim profesional dan seorang artis popular tempatan (Iban) iaitu Rickie Andrewson untuk menyerikan majlis.

  • oleh
  • Advertisement