Anda di sini

Di mana saja lahir, anak Sarawak layak dapat RM1,000

Advertisement
Abang Johari ketika tiba di Kompleks Dewan Undangan Negeri, hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Pemberian insentif sebanyak RM1,000 secara sekali beri akan disalurkan kepada setiap anak Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Tun Openg.

Menurut beliau, pemberian insentif itu sebagai galakkan kepada warga Sarawak melahirkan anak, sama ada di negeri atau di luar, agar lebih ramai anak Sarawak yang bijak dan kuat mempertahankan negeri ini.

"Bermula hari pertama tahun hadapan, semua kelahiran baharu rakyat Sarawak tanpa mengira kaum, agama dan status sosial akan mendapat intensif RM1,000 sekali.

"Wang ini akan dilabur dan hanya boleh dikeluarkan apabila pemiliknya mencapai usia 18 tahun dengan tujuan utamanya ialah untuk melanjutkan pendidikan," katanya.

Abang Johari yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau berkata pemberian intensif itu selain menyediakan simpanan pendidikan masa depan anak Sarawak  ia juga satu galakan rakyat melahirkan lebih ramai anak.

"Saya memperkenalkan idea ini untuk menggalak rakyat Sarawak mempunyai ramai anak supaya kita mempunyai ramai lagi anak Sarawak yang gagah serta bijak mempertahankan kepentingan Sarawak pada masa akan datang," ujarnya.