Anda di sini

Wabak Ebola di Congo paling buruk dalam sejarah negara

Advertisement
 Gambar fail 6 September lalu menunjukkan doktor sedang merawat pesakit di sebuah Pusat Rawatan ALIMA di bandar Beni, di utara Kivu. — Gambar Reuters
RAWAT PESAKIT EBOLA: Gambar fail 6 September lalu menunjukkan doktor sedang merawat pesakit di sebuah Pusat Rawatan ALIMA di bandar Beni, di utara Kivu. — Gambar Reuters

KINSHASA: Jumlah kematian akibat wabak Ebola di timur Congo meningkat kepada lebih 200 orang.

Wabak terbaharu itu disifatkan paling buruk dalam sejarah negara, me-nyaksikan 201 kematian dan 291 kes jangkitan sejak Ogos, kata Kementerian Kesihatan.

Separuh kes dicatatkan di Beni sebuah bandar di utara Kivu yang diduduki kira 800,000 penduduk.

Jabatan menjaga keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), menggesa kumpulan bersenjata tidak menghalang usaha kerajaan bagi memerangi wabak tersebut.

“Pasukan yang bertanggungjawab menjalankan kerja-kerja mengawal wabak penyakit berdepan ancaman secara fizikal, peralatan dimusnahkan dan kakitangan bertugas diculik,” kata Menteri Kesihatan Oly Ilunga.

Wabak kali ini yang ke-10 berlaku di Congo sejak Ebola mula dikesan pada 1976.

Sejak program vaksin bermula pada 8 Ogos, lebih 25,000 orang telah diinokulat. — Bernama

Advertisement