Anda di sini

Musim durian tiba lagi

Advertisement
 

MUSIM durian kini bermula lagi setelah musim sebelum ini berakhir dua bulan lalu.

Tinjauan mendapati semakin ramai penjaja durian menjual buah berkenaan di Pasar Am Beaufort.

Seorang penjaja yang hanya dikenali sebagai Liliy (gambar) yang sudah menjaja buah-buahan tempatan sejak berpuluh tahun lalu memberitahu durian kini berbuah kembali dan dijangka lebih banyak berbanding dua bulan lalu.

Bagi penggemar buah durian, mereka boleh mendapatkannya di Pasar Am Beaufort dengan harga seikat antara RM35 hingga RM40 mengandungi empat atau lima biji selain itu durian dalit dengan harga hampir sama.

Selain buah durian, turut dijual buah manggis, langsat dan rambutan.

Advertisement