Anda di sini

‘Camp Fire’ makin ‘mengganas’ di California

Advertisement
 Sebuah helikopter mencurahkan air ke atas kebakaran hutan ‘Camp Fire’ di bukit dekat Cresta, California kelmarin. — Gambar AFP
SEMAKIN MARAK: Sebuah helikopter mencurahkan air ke atas kebakaran hutan ‘Camp Fire’ di bukit dekat Cresta, California kelmarin. — Gambar AFP

PARADISE: Jumlah mangsa yang terkorban dalam kebakaran hutan di California meningkat kepada 29 kelmarin, menyamai dengan yang paling buruk dalam sejarah negara ketika pasukan pencari menemui enam lagi mayat dalam operasi pencarian di seluruh kawasan kejadian.

“Camp Fire” – di kaki bukit utara di pergunungan Sierra Nevada – adalah yang paling besar dan paling memusnah-kan daripada beberapa ke-musnahan yang telah memaksa 50,000 orang meninggalkan rumah mereka di sekitar negeri yang kering, membakar 6,400 rumah di pekan Paradise dan memusnahkan ia sepenuhnya.

“Pada hari ini, tambahan enam mayat manusia telah ditemui, yang membawa jumlah sekarang kepada 29,” Syerif Kory Honea memberitahu satu sidang media pada hujung hari keempat dalam usaha untuk mengawal kebakaran, menambah bahawa kesemua mayat telah ditemui di Paradise.

Dalam zon kebakaran di utara dan selatan California – di mana seramai sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh – asap tebal menutupi ruang udara sejauh beberapa batu, di mana matahari hampir tidak kelihatan. Di kawasan tersebut, beberapa kereta telah terbakar hingga seperti bangkai besi buruk, sementara tiang elektrik turut hangus terbakar.

Seorang wartawan AFP melihat kakitangan pasukan pencari menemui, membungkus dan membbawa pergi dua mayat di kawasan Paradise kelmarin, dan angka kematian dijangka akan meningkat lagi dengan beberapa orang yang masih belum diketahui keadaan mereka.

Di hujung selatan negara, di mana “Woolsey Fire” telah mengancam rumah agam dan rumah bergerak seperti yang dimiliki oleh golongan selebriti di Malibu, angka kematian terhad kepada dua mangsa ditemui di dalam sebuah kenderaan di sebuah laluan persendirian.

Ketua Bomba Los Angeles County Daryl Osby memberitahu wartawan mengenai rasa penghargaannya kepada anggota bomba” yang telah melakukan segala yang termampu untuk menyelamatkan puluhan ribu nyawa manusia dan ribuan rumah.”

Anggota penyelamat telah menghabiskan masa beberapa jam pada Sabtu lepas me-ngumpul mayat di sekitar Paradise dan meletakkan mereka di dalam sebuah keranda hitam. Anggota badan telah dibawa dengan baldi, sementara bahagian yang masih sempurna telah dibawa di dalam beg mayat.

Di Holly Hills Mobile Estate beberapa rumah bergaraj telah kelihatan menjadi timbunan serpihan. Pita kuning polis diletakkan di kawasan yang telah ditandakan dengan “Doe C” dan “Doe D,” satu tanda mengerikan bagi mayat yang baharu dikeluarkan.

Dimarakkan lagi dengan angin kuat, “Camp Fire” telah memusnahkan 111,000 ekar dan hanya 25 peratus yang berjaya dikawal, menurut Cal Fire. Setakat ini, tiga daripada lebih 4,000 anggota bomba yang dikerahkan telah tercedera.

Arahan pemindahan telah dikeluarkan kepada lebih satu suku daripada sejuta penduduk di sekitar California, dengan pihak berkuasa menggesa penduduk agar tidak mengabaikan amaran untuk berpindah.

Di selatan California,  “Woolsey Fire”  telah membakar  beberapa bahagian di Thousand Oaks, di mana komuniti itu dmasih dalam keadaan terkejut selepas  seorang veteran Marine Corps  telah menembak mati 12 orang di sebuah bar muzik country pada Rabu lepas.

ia  telah memusnahkan kira-kira 83,000 ekar, memusnahkan sekurang-kurangnya 177 buah bangunan dan hanya 10 peratus telah dikawal,  Cal Fire menyatakan kelmarin. — AFP

Advertisement