
KOTA KINABALU: Sabah Energy Corporation (SEC) Sdn Bhd pada Isnin menyerahkan RM6 juta dividen kepada kerajaan negeri Sabah.
Pengerusi Lembaga Pengarahnya Ramli Dua berkata jumlah itu adalah bagi tahun berakhir pada tahun 2017 dan disampaikan kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.
Ramli menjelaskan perbadanan itu mempunyai banyak projek yang mampu menjana keuntungan lebih besar dan memakan masa panjang.
Antaranya, penjualan Gas Asli Cecair (LNG) kepada syarikat-syarikat di kawasan Pantai Timur bermula tahun depan menggunakan lori dari kilang di Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP).