Anda di sini

Program COMBI mampu banteras masalah denggi

Advertisement
AZHAR (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.
AZHAR (empat kanan) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU:Program Communication For Behavioural Impact (COMBI) yang dilancarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mampu membanteras masalah denggi yang dihadapi rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Karambunai Azhar Matussin berkata, melalui program ini, sukarelawan dipilih dalam kalangan penduduk setempat untuk menerajui aktiviti pencegahan.

"Aktiviti seperti gotong-royong dan membuat pemeriksaan serta menghapuskan tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar premis kediaman.

"Menerusi program itu juga ahli-ahli COMBI digalakkan untuk menghasilkan projek-projek inovasi yang mana secara tidak langsung akan menjadi tambah nilai kepada usaha-usaha yang dijalankan," katanya ketika merasmikan Program Gotong-Royong Mega 2.0 Perangi Aedes 2018 Peringkat Negeri Sabah di Taman Sepanggar pada Ahad.

Beliau berkata, di Sabah sahaja terdapat 132 buah lokaliti COMBI dengan jumlah sukarelawan seramai 4, 620 orang.

Katanya, program satu rumah satu juara pula adalah sekumpulan isi rumah atau suri rumah yang berpengetahuan dan terlatih mengenai demam denggi .

"Mereka akan diperkasakan sebagai agen penggerak dan penyampai informasi kesihatan denggi kepada ahli keluarga mereka.

"Ahli keluarga dan komuniti juga digalakkan untuk mengambil tindakan melindungi diri daripada gigitan nyamuk aedes serta mencari serta memusnahkan tempat pembiakan untuk mengelakkan risiko dijangkiti penyakit demam denggi," katanya.

Menurutnya, ahli-ahli COMBI dan satu rumah satu juara adalah wira-wira di dalam masyarakat yang mengetuai usaha-usaha membanteras denggi.

Katanya, kumpulan itu seterusnya perlu mewujudkan komuniti bebas denggi. Sesungguhnya pengorbanan dan peranan mereka sebagai sukarelawan dalam perkara ini sangat dihargai.

Turut hadir pada majlis ialah Pegawai Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu Dr. Julaidah Sharip.

  • oleh
  • Advertisement