Anda di sini

Polis berkas wanita terlibat judi

Advertisement
TELEFON pintar dan dompet yang dirampas daripada suspek berkenaan.
TELEFON pintar dan dompet yang dirampas daripada suspek berkenaan.

BEAUFORT: Seorang wanita diberkas polis selepas dipercayai terlibat dengan aktiviti penjualan judi secara atas talian atau 'Reload Kiss 918'.

Ketua Polis Daerah Beaufort Deputi Superintendan Azmir Abd. Razak berkata, suspek ditahan kira-kira jam 1.30 petang di sebuah kedai di pekan lama Membakut di sini pada Ahad.

Katanya, wanita berumur 34 tahun itu bekerja sebagai pembantu kedai dan beralamat di Kampung Brunei Membakut.

"Polis turut merampas sebuah telefon pintar, wang tunai berjumlah RM300 dan sebuah beg tangan berwarna hitam tempat menyimpan wang.

"Tangkapan terbabit dibuat sempena Ops Dadu yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort," katanya di sini.

Beliau berkata, suspek berkenaan disiasat mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

  • oleh
  • Advertisement