Anda di sini

Claire Foy dalam ‘The Girl In The Spider’s Web’

Advertisement
 

KETIKA pengarah Fede Alvarez memilih Claire Foy untuk membintangi filem terbaharu dalam siri ‘Girl with the Dragon Tattoo’, dia tidak ada keraguan bahawa aktres berusia 34 tahun itu akan dengan mudah mengubah diri kepada penggodam dingin yang berani, Lisbeth Salander.

Lagipun aktres British itu ada pengalaman membawa watak seorang wanita berani dengan ais yang mengalir dalam urat sarafnya apabila perlu - Ratu Elizabeth II.

“Saya menonton ‘The Crown’ suatu hari dan saya kata, ‘Itulah dia, ini semua Lisbeth’, kerana walaupun bunyinya gila, persamaan begitu banyak sekali dengan cabaran membawa watak seseorang seperti Lisbeth atau Elizabeth,” kata Alvarez kepada AFP dalam satu temubual telefon baru-baru ini dari Rom.

Foy, yang baharu sahaja membawa watak yang memenangi anugerah Emmy sebagai ratu British itu dalam drama popular terbitan Netflix, menangani salah seorang heroin dalam fiksyen jenayah moden - Salander, seorang penggodam Sweden - dalam ‘The Girl In The Spider’s Web’.

Filem itu, yang dibuka Jumaat di pawagam Amerika Syarikat (AS), menceritakan tentang Salander yang diupah untuk menggodam satu program pertahanan yang dapat mengawal kod bagi senjata nuklear di dunia.

Watak itu - yang dahulu dibawa oleh Noomi Rapace and Rooney Mara - merupakan satu kelainan bagi Foy, yang membolehkan aktres itu untuk mempamerkan sisi lain yang lebih gelap.

Namun pengarah Uruguay itu berkata wataknya sebagai ratu mempersiapkannya dengan baik.

“Mereka adalah watak-watak yang sangat mirip,” kata Alvarez.

“Ratu itu tidak pernah dibenarkan untuk menunjukkan dia marah atau sedih, sentiasa mengekalkan muka selamba di hadapan setiap situasi yang berlainan ... dan Lisbeth tidak membenarkan diri untuk menunjukkan emosinya yang sebenar - dia menolak emosi tersebut jauh di dalamnya.”

- Pelbagai reviu -

‘Spider’s Web’ berdasarkan sebuah novel tulisan David Lagercrantz, yang dipilih untuk meneruskan siri dipanggil ‘Millennium’ yang dimulakan oleh mendiang Stieg Larsson.

 Gambar fail bertarikh 11 Jun 2018 ini menunjukkan Claire Foy (kiri) dan Sylvia Hoeks bergambar bersama semasa sesi promosi filem ‘The Girl in the Spider’s Web’ di Barcelona. — Gambar AFP
WATAK UTAMA: Gambar fail bertarikh 11 Jun 2018 ini menunjukkan Claire Foy (kiri) dan Sylvia Hoeks bergambar bersama semasa sesi promosi filem ‘The Girl in the Spider’s Web’ di Barcelona. — Gambar AFP

Filem itu disambut oleh pelbagai reviu, dan majalah industri Variety berkata peminat kemungkinan kecewa dengan cara Salander digambarkan.

“The Girl in the Spider’s Web ... lebih memberikan letupan luaran yang berapi-api berbanding kesakitan dalaman, mengurangkan Salander kepada figura ala Batgirl yang pelik, menginjak feminismenya dengan lembut, menghapuskan keganjilannya, dan memasukkan seorang warga Amerika supaya AS dapat menyelamatkan dunia,” katanya.

Laman sesawang reviu agregat Rotten Tomatoes, yang memberikan penarafan 64 peratus kepada filem aksi jenayah itu, berkata konsensus pengkritik ialah filem itu “menyuling elemen aksi dalam bahan sumbernya untuk pembikinan semula francais yang kurang rumit - namun masih munasabah berkesan.”

- “Rahsia dan keaiban’ -

Alvarez, yang mengarahkan filem aksi hit pada 2016 ‘Don’t Breathe’, berkata seperti mana-mana novel, ia adalah sukar untuk mengadaptasikan karya Lagercrantz bagi skrin besar dan tetap setia kepada jalan cerita.

“Kita perlu mengorbankan banyak perkara - jika tidak, ia akan menjadi sebuah filem sepanjang lapan jam,” katanya.

Alvarez berkata dia menggunakan lakon layar yang ditulis oleh Steven Knight (‘Peaky Blinders’) dan Jay Basu, dan meng-adaptasikannya untuk menja-dikannya lebih peribadi.

“Pada asasnya, ia sebenarnya menjadikannya tentang rahsia dan keaiban, selalu mengenai keluarga, tidak kira apa pun cerita, walaupun sebesar itu, walaupun taruhan adalah dunia - ia mesti sentiasa mengenai diri kita, sesuatu yang sangat dekat dengan watak utama,” katanya.

“Ia juga mengenai dosa, sesuatu yang mereka telah buat dan mereka perlu tebus.”

Dalam kes Salander, cerita latar melibatkan kakaknya yang renggang dengannya Camilla - lakonan aktres Belanda, Sylvia Hoeks (‘Blade Runner 2049’) - yang dia tidak pernah jumpa sejak dia lari daripada bapa mereka yang pendera, seorang raja jenayah dari Rusia.

Hoeks berkata filem itu dibuat sejurus selepas pergerakan #MeToo meletus dan diimpak oleh pelbagai dakwaan tentang pencabulan seksual yang muncul ketika itu.

“Kami membincangkannya - ia adalah topik yang sangat panas,” katanya. “Kami sebenarnya tidak mengubah skrip tetapi bagi saya, ia seperti kisahnya dan realiti tiba-tiba bergandingan.” — AFP

Advertisement