Anda di sini

Misha Omar, Noryn Aziz & Siti Sarah dalam Konsert Soul Sisters 2019

Advertisement
 

KONSERT Soul Sisters di Panggung Sari, Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur yang akan diadakan pada 5 & 6 April 2019 depan akan menampilkan gandingan Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah

Menampilkan genre muzik Soul dan R&B, konsert itu akan diterbitkan oleh syarikat produksi persembahan Edd Razhe Entertainment (ERE).

Penerbit konsert Soul Sisters, Edd Razhe begitu yakin dengan keunikan vokal gandingan ketiga-tiga penyanyi ini bakal memberikan warna baharu kepada penggemar muzik tempatan.

Selain itu, Misha Omar, Noryn Aziz dan Siti Sarah bakal merakamkan single khas, ‘Bersatu Suara’ sempena konsert itu nanti.

Edd berkata konsert itu akan menjanjikan sebuah persembahan berbeza berbanding konsert-konsert lain yang pernah dipersembahkan di IB.

“Pemilihan tiga penghibur popular Malaysia ini dibuat berdasarkan reputasi serta kemampuan mereka menyanyi secara live termasuk mendendangkan lagu bergenre soul dan R&B. Mereka juga berkebolehan menyampaikan lagu-lagu Inggeris dengan hebat,” katanya semasa satu sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya, konsert selama hampir 2 jam itu akan mengetengahkan beberapa segmen menarik dan kesemua mereka akan diiringi oleh sekumpulan pemuzik profesional pimpinan Dato Nasser Abu Kassim.

Konsert itu turut menampilkan Datuk Syafinaz Selamat sebagai pengarah vokal.

Tiket-tiket berharga RM755 (Meet & Greet), RM555 (Diamond), RM355 (Platinum), RM255 (Gold) dan RM155 (Silver) boleh ditempah mulai 8 November 2018 menerusi www.airasiaredtix.com

Sebarang pertanyaan mengenai tiket juga boleh dibuat melalui e-mel [email protected]

Advertisement